assalamualaikum.
selamat sejahtera.
apa khabar teman-teman di alam maya sekalian. diharapkan dalam keadaan yang sihat sejahtera semuanya. pada kesempatan ini, ingin kami kongsikan bende yang baru dibeli pada hari semalam. bende ini bernilai RM35. walaupun hanya berkapasit 4 gigabyte, tetapi kerana kecomelannya, aku membelinya juga. memperkenalkan flash drive terbaru den.
terdapat pelbagai lagi design yang menarik, seperti panda, dinosaur, jersi arsenal dll. tetapi yang ini telah menarik perhatianku. hahaha. mesti korang tak jeles kan? kalau korang berminat, flash drive ini boleh didapati di kedai komputer yang berhampiran.
kalau nak tengok design yang lagi menarik dan mencuit hati boleh layari laman sesawang ini.
selamat menjamu mata.
pesanan penaja : sem depan aku semangat sikit nak copy nota. hoooyeahh..











