assalamualaikum.
selamat sejahtera.
pada malam yang hening dan tatkala otak ku diserang virus spinning gasing a.k.a pening kepale, aku menggagahkan jari jemari untuk menukilkan 1 entry untuk hari ini. haha. sungguh puitis introduction aku.
kali ni aku nak share dengan rakan-rakan sekalian, cara untuk stop dekat traffic light ni. bagi yang dah tahu takpela.. ini khas untuk orang-orang yang belum tahu. kebanyakan traffic light yang terdapat di tanah melayu ni menggunakan sensor. so bila sensor ni detect ade kenderaan, lampu akan bertukar hijau mengikut turutan nya. tapi bila kenderaan tiada, ia akan bypass, haha. korang paham ke tidak aku pon tak tawu. aku pon dah pening ni. dalam bahasa mudah nye, korang jangan la berhenti terlampau jauh dari garisan putih tu kerana sensor berkenaan berkemungkinan besar tidak dapat detect kenderaan anda, so, lampu takkan bertukar hijau.
aku mengadakan entry ini kerana, aku penah kene sekali hari itu. kereta yang dipandu seorang manusia ini berhenti agak jauh dari sensor berkenaan, jadi aku yang menunggan kenderaan beroda dua terpaksa ke depan untuk men-detect-kan kehadiran aku kepada sensor berkenaan. tetapi akibat saiz aku yang sedikit kecil agak susah sensor berkenaan untuk detect aku. so, 3, 4 kali jugak lah terlepas hijau. nasib baik ade sebuah kereta mencilok masuk dan terus menerpa ke depan.
oleh hal yang demikian, janganlah anda menjadi terlampau skema dengan berhenti sebelum garisan putih. haha
pesanan penaja : aktipas sepapan.