BE CONSIDERATE

10:53:00 PM

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
gambar rajah diatas telah menjelaskan serba sedikit yang saya ingin sampaikan disini. jikalau kalian tidak ingin kereta kesayangan kalian berbau busuk akibat sampah kalian tersebut, sila bawa kenderaan kalian dengan kelajuan yang sepatutnya. ini adalah perlu untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

sebagai contoh, sampah kalian itu terjatuh dan bertebaran di jalanan. kalau jatuh in one piece, mungkin kalian akan mengambil kembali sampah tersebut, tetapi kalau dah berselerak? adakah kalian akan membersihkan jalan tersebut..? tepuk dada, tanya selera. 

tidak dinafikan, memang bau sampah tersebut agak kurang menyenangkan. tetapi masalah itu hanyalah dihadapi oleh kita sahaja yakni pemilik kenderaan. akan tetapi pabila sampah telah berselerakan di jalanraya, ianya telah memberi masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. 

oleh hal yang demikian, bertimbang-rasalah sedikit. kalau nak letak sampah dekat atas bumbung kereta ke apa ke, bawalah kenderaan anda dengan penuh berhemah. 

sekian pesanan khidmat masyarakat dari kami.

pesanan penaja : final sudah menghampiri.

You Might Also Like

14 kutukan membina...

  1. jarang bawak sampah atas kereta.
    sebab takut jatuh and takut kotor kan kereta..
    :)

    btw suka entry ni.
    kasi kesedaran pada orang yg suka bawak laju2 time bawak sampah tu
    :)

    *haii arieffff :D

    ReplyDelete
  2. chemay : bagus2.. time kasih sebab suke. lame xdengar kabar.
    :P

    ReplyDelete
  3. biase kalau letak sampah kat belakang kete mcm tu, bwk dlm 20 km/j je. heee. kemain slow. :P

    ReplyDelete
  4. puteri iqa izyan : ha. bagus kalau macam tu. jgn bawak laju2.
    :)

    ReplyDelete
  5. bagi saya orang sebegini adalah SELFISH! Letak jela dekat bonet, apa masalahnya. kalau bau busuk, adat lah dah namanya pun sampah. Sembur la pewangi sikit.

    ReplyDelete
  6. sarah mohamad : huhu. tu la, bia la problem tu jadi problem dye je. jangan la share ngan orang lain. haha.

    ReplyDelete
  7. tu kisah org yg bawa sampah sampai jatuh kat jln raya... blum lagi kisah jiran2 duk kat flat nie.. huhuhu
    sampah buang dari atas je.. kalau kena kepala... mau berdarah..

    ReplyDelete
  8. CMA : huhu. tu lagi bahaya. macam dalam iklan dulu2 tu.

    ReplyDelete
  9. ni mcm kempen kesedaran je. hihi

    ReplyDelete
  10. cikwahidaidris : haha. lebih kurang la.
    :)

    ReplyDelete
  11. KAN..SELFISH ORG MCM TU...

    *DULU PERNAH JUGAK NAK BUANG SAMPAH..MASE TU NAK OUTSTATION DR KL KE SEREMBAN..LETAK SAMPAH TU KAT BELAKANG..TRITON KAN BELAH BELAKANG TU BONET BESAR..LEPAS TU LUPE NAK BUANG..DAH NAK CHECK IN KAT HOTEL SEREMBAN BARU INGAT, RUPE2NYE KE HULU KE HILIR BUAT SITE VISIT BAWAK SAMPAH..HEHE..BAWAK SMPH KL BUANG KAT SEREMBAN...HUHU

    ReplyDelete
  12. may : haha. sampah pon travel jugak.
    ;)

    ReplyDelete
  13. betol jugak. ni bawak kereta laju2, sampai bertaburan, nak ke angkat balik, bersihkan balik? tak pn. haha kalau jatuh dpan rumah org, lagi naya. huu

    sama2 la kita beringat

    ReplyDelete
  14. noor fatin : erm. same2 lah kite saling mengingati.
    :)

    ReplyDelete