para sahabat...

mereka yang aktif

Get this commentators widget

Friday, January 27, 2012

22 ADIK KECIL BERJIWA MULIA

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

apa khabar rakan-rakan? pada petang jumaat yang berbahagia ini, ingin ku kongsikan sedikit kisah ketika aku di masjid sebentar tadi. aku bergerak ke masjid dengan sepupuku menaiki honda beroda dua kesayangan ku. setibanya di sana, aku terus mengambil tempat duduk di tepi dinding sebelah kiri. ketika itu tiada orang disebelah kanan ku. tidak lama kemudian datang seorang adik kecil datang duduk di sebelah aku, dia menghamparkan sejadahnya secara menegak. 

selepas itu, masjid mula dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai. datang seorang pak cik yang agak berumur duduk diantara aku dan adik kecil tersebut. pak cik itu menunaikan solat sunat terlebih dahulu. setelah selesai, pak cik itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan adik kecil itu terlebih dahulu, diikuti dengan aku.  adik kecil yang comel itu menyambut tangan pak cik tersebut dengan kedua belah tangannya lalu mengucup tangan pak cik tersebut. tetapi itu bukanlah klimaks cerita ini. 

sesudah itu, pak cik berkenaan memandang ke arah adik kecil itu dan memberi senyuman. adik kecil turut membalas senyuman itu dan kemudiannya, [here the best part]. adik kecil itu meminta pak cik berkenaan mengangkat sedikit punggungnya supaya adik kecil itu dapat memusingkan sejadah yang dihamparkannya secara menegak tadi menjadi melintang supaya dapat dikongsikan sejadah itu dengan pak cik tersebut. pak cik itu hanya tersenyum dan memberi isyarat tidak mengapa kepada adik kecil tersebut. tak lama kemudian pak cik itu bergerak menuju saf hadapan yang kosong. 

sekian.

image : google.

pesanan penaja : adik kecil itu telah menunjukkan kepada kita, masih ada orang yang baik di dunia ini.

22 kutukan membina...:

CekbOlat-bOlat said...

anak kecil =)

saya_arief said...

cekbolat-bolat : yeah.
:)

MiMiEy :) said...

wah, baiknye adk tu. klau sesetengh org bwt x peduli je.

saya_arief said...

mimiey : em2.. tersentuh hati tengok tadi.
:)

lia kamalia said...

eh. macam saye time kecik2 dulu lah #tetiba :p

nice la dak tu :)sejuk perut ibu ngandung

saya_arief said...

lia kamalia : haha. sme la macam kite jugak.
hahaha.
:P

Yatie Musa said...

untunglah parents nye. x sia2 mlahirkan dia. tacink. =(

teha said...

comel nyee laa kartun tu :)

saya_arief said...

yatie musa : kan? tacink wa tadi tengok.

teha : bedal kat google je tu.
:)

Original CikTeddy said...

adik kecik brjiwa mulia..msih bersih,insyaAllah akn kekal bgitu hingga akhirnya.amin :)

saya_arief said...

original cik teddy : erm2. amin.
:)

nur ika said...

bgusnye..dh xbyk bdak2 cam2 sekarang..^,^

saya_arief said...

nur ika : yeah.. he's one in a millions kot.
haha.
:)

epaa chenta said...

bagus nyeee adik tu (:

saya_arief said...

epaa chenta : huhu. sangat2 bagus.
:)

Ezad Skytech said...

untung ibu bapa adik kecil tu dapat anak macam dia...:D

saya_arief said...

ezad skytech : yeah.. anak soleh.

Cikpuan rara said...

sweett nya nk kongsi sejadah.tp knp pakcik tu x nk.

Nur Farah Hani said...

imam masjid ke? seberapa comel adik kecil.. haha.. budak ekcik innoncent and sweet.. harusla baik.. :))

zareliqa afiqa said...

Baiknya adik akak :)

saya_arief said...

cikpuan rara : pakcik tu taknak sebab dye nak penuhkan kat depan.
:)

nur farah hani : comel macam ai.
haha

zareliqa fiqa : baik sangat2.
:)

fathiahRAIHANA said...

adik kecik tu sgt sweet :) bgusnyaaa..