Friday, August 26, 2011

38 AWAN KELABU

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

entry kali ini hanya ingin berkongsi sekeping potret yang ditangkap pada petang tadi semasa menghantar bapa ku ke stesen kereta api. sungguh menakjubkan ciptaan ALLAH.

pesanan penaja : sekali-sekala bawak keter manual, rase macam bawak keter racing.

Thursday, August 25, 2011

35 WORDLESS WEDNESDAY #6

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

walaupun hari ini sudah masuk khamis, tetapi gambar berikut di capture sebelum jam 0000.harap maklum.
pesanan penaja : the bird and the worm.

Tuesday, August 23, 2011

48 TUNGGU SEKEJAP

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

diharapkan kalian sihat-sihat belaka, terutama adinda-adinda tersayang. haha, bajet ramai adinda je kan.
pada hari yang panas terik ini, layan lagu P.Ramlee yang di nyanyikan kembali oleh band Hujan. tersangat best wokeeh. tajuk lagu "Tunggu Sekejap". moh tengok video yang dirembat dari youtube. takde ape yang menarik dalam video ni, just listen to the audio okeh. [wink2]
pesanan penaja : adinda, sila tunggu sekejap.

Saturday, August 20, 2011

26 HEADER SEMPENA MERDEKA + HARI RAYA

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

taknak taip panjang-panjang, sebab masih belum pulih dari kecederaan. bersempena dengan hari raya aidilfitri dan sambutan hari kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, tuan rumah telah menghias blog picisan ini dengan header baru. walaupun tidak lah cantik mana, tetapi den berpuas hati dengan hasil kerja potosop ini.
gambar ketupat dirembat dari deviantart, tapi tidak dapat dikenal pasti pemiliknya. terima kasih kepada beliau.
gambar jalur gemilang pula diambil dari carian google.

header sebelum ini.
header sekarang.
pesanan penaja : hari-hari penghabisan.

Wednesday, August 17, 2011

43 WORDLESS WEDNESDAY #5

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
pesanan penaja : kiss their s.haha.

Monday, August 15, 2011

29 AYAT-AYAT JIWA KACAU

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

  • When a girl tells you about her problems, it does not mean that she's complaining, it means she trusts you.
  • When you don't tell me what's wrong, I will automatically think it's my fault.
  • Deleted her contact, but the sad thing is, I still know her number.
  • Someone who really loves you sees what a mess you can be, how moody you can get, how hard u are to handle, but still wants u in their life.
  • It's hard to accept the truth when the lies were exactly what you wanted to hear.
  • If i had one wish,i would wish that i could forget you completely.
  • There is no point hating someone you love. 
  • The first part to letting go is admiting you have to..


pesanan penaja : eventhough, she's not mine anymore, I was very happy to do her a favour.

Friday, August 12, 2011

18 The Greatest EX Ever Had


Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.

The title has spoken for itself. Despite all the sweet moments and joy together, our relationship was just lasting for nearly 3 years. Now, it has been almost 2 years since the day I let her go. I wish I could go back to the old days and undo something, but it is mission impossible. Now, she has a new guy that will look after her and love her much better than I did. I just hope they will be happy forever. There is a saying, If you know someone is taken, respect their relationship. Don't be the reason they end up single.

Thousands of apologies to someone that try to replace her, but it’s really hard to forget someone that you still in love with. “how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future”. I’m happy outside, crying softly inside. Thank You.

pesanan penaja : entry ini di kopi pes dari satu sumber yang masih belum di kenal pasti, apa korang ingat den reti ke taip dalam bahasa antarabangsa ni. dushh.

Wednesday, August 10, 2011

20 BUFFERED EARNING YANG KE-17

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

pada petang yang dingin ini, tergerak hati untuk menerjah laman sesawang nuffnang. dan berikut merupakan bende yang muncul. bersyukur ke hadrat Illahi.

ini merupakan Buffered Earning yang ke-17 bagi blog saya_aRief selepas cash out itu hari. kalau nak di jumlah kan keseleruhan Buffered Earning yang singgah di blog ini ade dalam lebih kurang 50++ kot. sekalung terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi jenguk blog picisan ini. kutukan dan komen anda sangat dihargai.
terima kasih.

pesanan penaja : agagagaga

Tuesday, August 9, 2011

20 CARA PELAJAR NAK BELI KERETA SUZUKI SWIFT

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

kali ini ingin berkongsi keywords nuffnang untuk hari ini bagi blog saya_aRief. aku hanya tersenyum panjang melihat dan membacanya. 
picit untuk tumbesaran okeh.

I'm soo sorry for letting u down information seekers. harap maaf yer, saya pon tak tau macam mana cara nak beli kereta suzuki swift ni, xde pengalaman lagi. rasanya macam tau je sape yang search ni.
:D

pesanan penaja : suzuki swift pon smart jugak. kumpul duit dulu.

Monday, August 8, 2011

31 MENGORAT DI DALAM BAS

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

cuaca hari ini sedikit panas daripada kebiasaan, oleh hal yang demikian saya ingin berkongsi pengalaman yang sedikit panas, tetapi tidak mengapa kerana tuan punya badan mungkin tidak mengetahui kewujudan blog ini.
peristiwa ini berlaku semasa saya dalam perjalanan menaiki bas ke sekolah.

walaupun selalu lewat dan terpaksa memanjat pagar untuk masuk ke sekolah, bas tetap menjadi pilihan di hati sebagai transport ke sekolah. nak dijadikan cerita, ade seorang gadis yang telah saya lupa lokasi sekolah beliau telah cuba untuk berkenalan dengan saya semasa di atas bas tersebut.

kalian jangan buat muka hairan ya, biasalah kalau orang yang muka iras-iras aaron aziz macam I ni memang menjadi tumpuan gadis-gadis. modus operandi gadis cilik ini adalah dengan membaling kertas kepada saya. di dalam kertas tersebut mengandungi beberapa ayat yang tidak saya ingati. 

kalau tidak silap, isi kandungan surat terbabit ialah nama beliau, sekolah, umur dan ayat ingin berkenalan lebih lanjut dengan saya. cuba korang bayangkan lah perasaan saya masa itu kan. nak tergelak giler-giler punye, tapi control cool. lepas habis baca surat berkenaan, saya selitkan di celah tempat duduk.

harap maaf la cik gadis, anda bukan gadis pilihan saya. haha.tapi takpe la kan, pengalaman di dekati gadis macam tu, boleh cerita kat anak cucu nanti kalau dipanjangkan umur.entah di mana gadis berkenaan sekarang ini. harap sudah menemui pasangan hidup beliau.

pesanan penaja : mimpi pelik-pelik je akhir-akhir ini. entah mengapa.


Sunday, August 7, 2011

12 SAYA BUDAK BARU BELAJAR, SILA BERI TUNJUK AJAR

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
sila beri tunjuk ajar senior-senior, otai-otai dan rakan-rakan seperjuangan.
terima kasih.

pensanan penaja : selamat berbuka kalian.

Saturday, August 6, 2011

17 SERAM YANG TAK SERAM

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


apa khabar rakan-rakan seperjuangan sekalian? diharapkan berada dalam kondisi yang terbaik. kali ini saya akan berkongsi dengan kalian sekeping potret yang menunjukkan sebuah rumah yang tersangat besar tetapi terbengkalai,
sebab rumah ini terbengkalai tidak ku ketahui kerana tidak pernah terlintas untuk bertanyakan hal demikian.sebelum menghurai lebih dalam, tengok dahulu gambar yang sempat di ambil.
amacam..? besar tak rumah ni. cuba korang tengok pagar tersebut. pagar nya sahaja sudah besar gedabak, apatah lagi keluasan rumah tersebut. kalau lalu siang hari xde la meremang sangat bulu roma ni, tapi kalau menjelang malam, memang tidak ku pandang langsung lah rumah macam ni. cuba kita bayangkan ye.

rumah besar, pastu terbengkalai mesti la takde orang duduk, bende-bende lain konpem lah ambil port kat sini. tapi menurut rakan ku, yang rumah nya berhadapan saja dengan rumah banglow terbengkalai ini, 

ade sekali tu pasangan pengantin buat sesi fotografi dekat rumah ni, gila kentang betol la. kang kalo ape-ape jadik, kene carik ustaz amirul. haha..

kesimpulan yang ingin disampaikan di sini adalah, tadi aku tengok citer Flat 3A, tapi macam tak seram sangat pon, paling takleh blah, mase bomoh tu kene bunuh ngan laki tu. hahaha. sengal gile time tu. jadi, kepada mereka yang takot-takot berani nak tengok movie tu, dipersilakan tengok ye. tak takot sangat pown.
itu sahaja untuk malam ini.
sekian.

pesanan penaja : baca komik shabu-shabu sebab lawak kampus xde.

Thursday, August 4, 2011

25 JOM KAHWIN

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

ini adalah iklan untuk gadis-gadis single di luar sana untuk menjadi calon isteri den.
berikut merupakan profil aku.

nama : ahmad albab.[gambar kat atas ni, mase melancong ke Langkawi]
umur : 21+/-
alamat : Malaysia.
warganegara : Malaysia
UPSR : 10A.
PMR : 20A.
SPM : 30A.
nama bekas kekasih : tiz, sari, rozita, siti, ayu, maya, dll. [retis semua nih]
nombor telefon : 013-ahmadalbab

jika berminat, sila hantarkan resume kalian ke alamat yang tertera di kaca komputer anda.
sekian.

pesanan penaja : dem.. kalo nak jadik pelupa, makan kepala ikan kan??

27 ANGRY BIRDS EMPAT SEGI

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

amacam puasa hari ini.? diharapkan bagus-bagus belaka. pada kesempatan di pagi yang indah ini, ingin aku berkongsi satu usaha keras yang telah aku lakukan untuk menyiapkan angry birds punye origami. entah la. nak kate origami tu tak jugak. tapi lebih ke arah itu la. semasa sedang menggodek google semalam terjumpa blog Little Plastic Man. Macam-macam toy ade kat blog ni, termasuk yang dibuat dari kertas. apabila terjumpa template untuk Angry Birds ni, apalagi, file PDF dimuat turun dan di print kan dengan segera. berikut merupakan hasil kerja aku yang tidak seberapa berbanding Little Plastic Man ini.




pesanan penaja : kalau aku bikin ini full-time, agak-agak pengusaha kraf kat luar tu gulung tikar x? hahahaa..

Wednesday, August 3, 2011

21 WORDLESS WEDNESDAY #4

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
pesanan penaja : autumn in my heart n she will be loved.

Tuesday, August 2, 2011

14 KESERONOKAN SEBENAR BLOGGING

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

selamat menyambut Ramadan kepada rakan-rakan blogger. Semoga Ramadan kali ini dapat kita manfaatkan untuk kesejahteraan bersama. pada petang yang hening ini, ingin kami berkongsi beberapa keseronokan sebenar blogging yang kadang-kadang terlepas pandang oleh rakan-rakan blogger kita. jadi kelas hari ini dinamakan Art of Blogging 101. haha. antara keseronokan blogging ni :

1. Rakan-rakan alam maya yang sempoi.
melalui blogging ni kita dapat menambah rakan-rakan baru yang sempoi habis belake. kita dapat bertukar-tukar kisah hidup, pengalaman, ilmu, dan lain-lain lagi. kalau sebelum ni, kawan-kawan den dekat area Pantai Timur ni saje, sekarang sudah branch out sampai 1 Malaysia kot. tapi harus di ingat ya, tambah rakan tidak semestinya menambah followers. keep that in my mind, peribahasa i follow u, follow me back, sudah tidak lagi digemari oleh ramai bloggers, termasuk den.harap maklum.

2. Komentar dan Kutukan yang bernas.
setiap kali kita post entry baru, kita akan dapat pelbagai respon dari pembaca, dan percayalah respon inilah yang paling bernilai di alam blogging ni berbanding income, traffik dan bende-bende lain tu. susah seyh mau dapat komen dari orang yang kita hanya kenal di alam maya ni. tetapi bila ade yang bagi respon tu, kita akan tersenyum lebar sampai ke telinga, mane aku tawu bende ni.?? sebab aku selalu senyom bila bace komen-komen kalian. hahaha.

bagi aku 2 bende ni jelah yang paling bernilai bagi aku berbanding traffik dan duit tu. memang la kita nak jugak duit tu, nak jugak traffik kita mencanak naik. tapi bende ni lagi mahal dari itu semua. tambah-tambah part komen tu, bile baca balik komen-komen lame, hahaha.. best giler wooo.

pesanan penaja : berbuka puasa dalam kegelapan diterangi cahaya lilin sahaja semalam.