Thursday, July 28, 2011

13 BERSAMA SELAMANYA

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
hari ini hari yang dinantikan. sang harimau akan berentap kembali dengan sang singa untuk merebut slot ke peringkat seterusnya.walaupun kami tidak dapat memberi sokongan di stadium keramat, Bukit Jalil, namun kami tetap berdiri teguh di belakang Harimau Malaya.hampir semua gambar profil di laman media sosial den sudah ditukar kepada logo Harimau Malaya dan kami tengok ramai juga yang berbuat demikian. terima kasih penyokong Harimau Malaya, bola sepak kita sudah semakin maju, sokongan peminat juga semakin padu. Jualan tiket pula dikatakan habis, memang bergegar la stadium malam ini. kami harapakan pejuang-pejuang Harimau Malaya dapat perform dengan 100% supaya membenam cabaran Sang Singa yang angkuh itu. dari semalam lagi sebenarnye kami layan Chants Ultras Malaya ni, bersemangat seyh dengar.ni antara salah satu chants, "Bersama Selamanya"

tak peduli apa orang nak kata..
tak peduli walau bukan juara..
kami bangga jadi anak Malaysia..
kami rela mati pertahankannya.
ooo..ooo... bersama selamanya...

pesanan penaja : kami sayang Malaysia + Harimau Malaya ketat-ketat.

Wednesday, July 27, 2011

29 WORDLESS WEDNESDAY #3

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


dapat +3 hari ini.


pesanan penaja : terima kasih semua.

Monday, July 25, 2011

26 MEREKA YANG COMEL

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

oleh kerana tangan ku dalam keadaan yang tidak berapa sihat akibat melakukan kerja-kerja berat seperti buruh binaan sebentar tadi, entry malam ini hanya akan dikepilkan beberapa potret yang ditangkap dalam tempoh masa yang terdekat ini. mereka semua di bawah sangat comel.
Ketika Menyelam di Selat Inggeris

Si Jantan yang sangat Manja.

Haiwan yg paling ku sayang, 3D view.

Pandangan Atas.

Beralih tempat tidur. 
mau bukak zoo nanti. jemput datang semua.

pesanan penaja : T____T

Wednesday, July 20, 2011

36 WORDLESS WEDNESDAY #2

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
pesanan penaja : i'm not a hero.

Monday, July 18, 2011

17 3D PROJECTION

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini den ingin berkongsi video dari YouTube lagi, tapi kali ini video yang lagi best. yang memaparkan teknologi 3D yang terkini. nak masuk 4D dah. sebelum melayan video berikut, sila pastikan internet connection anda pada kondisi yang terbaik.










dulu pernah tengok video macam ni, tapi selepas menyinggah ke blog sourblock tadi, den jadik rajin untuk cari video 3D projection yang lain dan kongsi dengan kalian.
sekian.


pesanan penaja : sangat hebat.

Sunday, July 17, 2011

23 SHE'S NOT MINE...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

apa khabar rakan-rakan blogger.? diharapkan dalam keadaan yang sihat semuanya. pada karangan kali ini, den ingin berkongsi dengan kalian 1 klip video yang sangat best lagu nya. mesti ramai yang sudah dengar lagu dari band "Couple" ni. Memang sempoi habis lagu ni, layan dalam bilik sorang-sorang. hahaha.apa-apa pun, jom kita layan video dari YouTube ini.

berikut merupakan lirik lagu ini yang bertajuk "She's not mine". Lirik ini dirembat dari seorang user kat YouTube juga. terima kasih beliau.

she's not mine
and she knows that i don't feel fine
have i being unkind?
she thinks im being unkind
and i know that u're only just say no
have i being unkind?
she thinks im being unkind
i know she's no longer mine...
kalau internet korang tidak berapa laju untuk menonton video di atas, sila download lagu ini di 4shared. ok.
sekian.

pesanan penaja :  she's not mine.

Thursday, July 14, 2011

26 BLOG

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

sangat bosan. tensen. jiwa kacau sikit..tapi bukan nak luahkan perasaan ini. hahaha.
nak buat entry yang mengarut sikit. harap maklum.
1. Blog yang ada autoplay music - Ctrl+W
2. Blog yang lambat loading - Ctrl+R
3. Blog yang best  - Ctrl+D
4. Blog yang best giler-giler - Ctrl+S
5. Berjalan-jalan di taman blogger - Ctrl+Tab
6. Blog saya_aRief - Shift+Del. hahahah

entry ini tiada kene mengena dengan mane-mane pihak. 
sekian.

pesanan penaja : rindu sudah.

Wednesday, July 13, 2011

20 WORDLESS WEDNESDAY #1

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
pesanan penaja : is nothing.

Friday, July 8, 2011

11 JANGAN MALU UNTUK TEKAN BREK!

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

topik yang ingin dibahaskan pada hari ini adalah mengenai sikap segelintir pemandu kita yang sedikit malu untuk menekan brek.mengikut kamus orang ramai, brek boleh didefinisikan sebagai salah satu komponen yang membolehkan kita memperlahankan dan seterusnya memberhentikan sesuatu kenderaan.

sungguhpun begitu, terdapat juga manusia yang gagal memanfaatkan sepenuhnya fungsi brek ini. akibat daripada perbuatan ini, manusia-manusia yang tidak berperikemanusiaan ini keluar masuk di simpang secara melulu dan tidak mempedulikan kepada pengguna jalan raya yang lain. keadaan ini boleh menimbulkan insiden-insiden yang tidak diingini.

oleh hal yang demikian, kita seharusnya lebih bertimbang rasa di jalan raya dan janganlah bersikap mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira pengguna jalan raya yang lain.
sekian.

hahaha.habis sudah syarahan den. entry ni den tujukan khas kepada kenderaan yang bernombor pendaftaran 
***27** , muka driver nye pon berjaya dikenal pasti. nasib baik xsempat kejar je tadi, kalau x mau berlaku pertumpahan air liur tadi.

image : google.

pesanan penaja : bertimbang rasa la sikit di jalan raya.


Wednesday, July 6, 2011

18 DOWNLOAD KL GANGSTER

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
sudah lama ku tunggukan saat untuk memuat-turun KL Gangster ini. sekarang sudah dalam proses dan fasa-fasa terakhir untuk menonton filem yang dikatakan mendapat kutipan menghampiri 12 Juta ini. Oleh hal yang demikian aku berasa berbesar hati untuk mewar-warkan kepada orang-orang kampung untuk turut sama memuat-turun filem ini. berikut antara link-link yang boleh dipakai :-

  1. http://www.teamaryzs.com/2011/07/kl-gangster-2011-dvdrip-avi-mkv.html
  2. http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=56745
  3. http://mediacrewz.blogspot.com/2011/07/multi-kl-gangster-2011-dvdrip-avi.html
itu saja buat ketika ini. untuk mempercepatkan lagi proses memuat-turun, sila lah menggunakan Premium Link Generator untuk membolehkan anda memuat turun dengan speed yang terbaik. buat masa sekarang aku lebih gemar menggunakan perkhidmatan ini di :-
cara nak generate tu senang je. kalo ade yang xpaham, sila BBM den. hahahaha. bajet retis cket.  untuk kepuasan maksima, sila gunakan Internet Download Manager(IDM).
sekian dan selamat memuat-turun.

pesanan penaja : broadband den sudah habis bandwith seyh.

12 PARATHA PIZZA BEEF

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

apa khabar rakan-rakan sekalian? sudah lama rasanya hamba tidak menaip di blog picisan ini. kali ini hamba ingin menceritakan beberapa aktivit yang tidak lah menarik, tetapi sekadar ingin berkongsi bersama pembaca di luar sana. antara aktivit yang dimaksudkan tersebut adalah :-
1. kejohanan futsal 1 belia 1 malaysia (parlimen kubang kerian).
2. itu sahaja. 

rase macam banyak lagi, tapi sudah tidak ku ingati kerana niat di hati ingin update cepat-cepat blog ini selepas aktiviti tersebut, tetapi kerana terpaksa menumpukan kepada komitmen yang lain, anak-anak, isteri-isteri, keluarga dan lain-lain lagi. dalam minggu ini juga aku telah pertama kali mencuba Hot&Roll di sebuah pasaraya terkemuka dekat sini.

rasenya yang sedap dan harganya yang berpatutan membuatkan aku ingin mencuba menu-menu yang lain pada masa akan datang. berikut merupakan juadah yang berjaya dibelanjakan oleh kawan aku.
terima kasih beliau.

paratha pizza beef, kalau tidak silap aku la. yang 1 lagi tu dah lupe name ape. rasenya sangat sedapp.
sekian terima kasih.

pesanan penaja : stereo hearts.

Friday, July 1, 2011

17 [keyword]SEKOLAH JEPUN CUTI PADA HARI APA?

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

taknak taip panjang-panjang pada entry kali ini. hanya ingin berkongsi sekeping gambar yang membuatkan hati kecilku ketawa sendirian. sila perhatikan keywords yangm paling bawah. harap maklum.sila picit-picit untuk tumbesaran.
harap maaf kerana mengecewakan kamu wahai pencari maklumat.

pesanan penaja : dulu aku seorang jutawan..