Wednesday, June 29, 2011

27 FIRST TIME JUMPE BLOGGER

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

telah selamat tiba di bumi Kelantan pada jam 0600 tadi. Sungguh memenatkan jiwa dan raga berada dalam bas yang macam roller coaster itu. seperti biasa bukan pengalaman di atas bas yang ingin dikupas pada entry kali ini.
yang ingin dihebahkan kepada orang kampung adalah semalam den berkesempatan untuk mengenemukan diri dengan seorang cik blogger dan cik rempit yang berasal dari Melaka ini.

Kalau korang tengok gambar konpem kenal punye nanty. sebelum tu kan, den nak tanye la apa syarat-syarat untuk mengklasifikasikan sesuatu perjumpaan itu sebagai gathering? kalau dua orang blogger kira gathering jugak ke ha? hahaha.tidak kisah la itu. janji ini lah pertama kali den berjumpa dengan seorang blogger yang memang first kenal di alam blogger yang maya ini. moh tengok gambar sat.
semasa berjumpa dengan cik blogger yang rempit ini semalam, nasib baiklah beliau malu-malu, so takdelah mahal sangat den nak bayar bill mekdi tu.hahaha..beliau hanya memakan se-kon aiskrim, alasan yang diberikan diet dan tidak mahu menambah berat badan kerana berat badan yang berlebihan bakal menyukarkan beliau untuk racing malam minggu nanti. hahaha.
kesimpulannya, perjumpaan semalam turut dijayakan oleh rakan den yang menjalani latihan praktik di melaka, beliau telah menjadi tukang gambar yang baik. terima kasih kawan.

pesanan penaja : lain kali pegi state lain pulak, buat gathering macam nih. hahaha

Saturday, June 25, 2011

24 HARI YANG PALING AKU BENCI SEMASA PERSEKOLAHAN

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

tajuk entry dah macam isi penting kan.? tidak mengapa. itu lah isu yang bakal dibincangkan pada perbincangan kita pada kali ini. mesti ada hari yang korang semua tidak suka kan semasa sekolah dulu-dulu. bagi aku yang kacak lagi bergaya ini, hari yang aku paling benci jatuh kepada hari "SABTU".

kalau aku sekolah kat Kelantan, aku sangat tidak suka hari Sabtu, tetapi kalau aku sekolah dekat KL ke mane-mane yang tidak sama kawasan tu, aku tidak suka hari Ahad. tahu pasal apa aku tidak suka hari ni?

pasal nya keesokan hari tu dah nak start sekolah balik. baru je 2 ari cuti hujung minggu. sudah habis. kejap je masa berlalu. kadang-kadang aku ade terfikir gak, kenapa la orang xbuat sekolah 2 hari, cuti 5 hari. mesti lagi syiookk kan? mesti lagi ramai orang suka pergi sekolah. hahaha. kene bagi usul dekat kerjaan nih.

apa-apa pun itu zaman dahulu la, mase tu budak-budak belum khatan lagi, sekarang dah jadi jejaka yang tidak diidami setiap wanita. sekarang dah mula memahami proses dan carta alir yang harus ditempuhi sebagai seorang pelajar. tetapi, sekali-sekala tu memang terasa sangat malas untuk memulakan pengajian balik setelah bercuti panjang. 

kesimpulannya, zaman persekolahan memang zaman yang terbaikk. kalau boleh kembali kepada zaman tersebut, aku taknak balik dah zaman milenium ni,hahahaha.
sekian.

pesanan penaja : besok bertolak ke Melaka. 

Thursday, June 23, 2011

31 KAWAN AKU YANG SUKA TIDUR

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

hari ni dah hari khamis, aku baru ingat nak buat post #Wordless Wednesday. Kalau aku bikin #Speechless Thursday xboleh kah.? hahaha. walaubagaimanapun, hari ini aku ingin berkongsi sekeping gambar teman ku
yang sangat menggemari aktiviti tidur. sudah lah tidur nya lama, aksi ketika tidur pula bermacam-ragam. kadang-kadang ada gaya nya menyerupai aku tidur. mengejek aku ke ape cik hamster nih.
meh den tunjukkan salah satu gaya kegemaran cik hamster den nih.
amacam ..? kacak tak hamster nih tido.. untuk pengetahuan semua, yang ni betina.
yang lelaki tido sopan sedikit.hahaha.
nanti kalau berkesempatan, aku tangkap gambar cik hamster yang lain tidur lak.
macam-macam skill ade, jangan risau.
sekian dulu buat hari ini.

pesanan penaja : malam ini berkemungkinan keluar dinner bersama teman-teman.

Tuesday, June 21, 2011

33 INTERNET TANPA MUAT TURUN IBARAT...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
pada petang yang hening ini, ingin ku nukilkan 1 post.
baru-baru ini, dunia IT telah digemparkan dengan penyekatan terhadap 10 website file-sharing
oleh kerajaan Malaysia.
penyekatan ini telah menerima pelbagai pujian dan tidak kurang juga cemuhan.
hahaha..aku bukan dari golongan yang memberi pujian, tetapi lebih kepada cemuhan.
tapi tidak mengapa, banyak lagi cara untuk muat turun file dari INTERNET ni.
macam kita nak travel la jugak. contohnye.
dari Kota Bharu nak ke Kuala Lumpur, xsemestinya kita lalu jalan A sahaja.
betol tidak.? hahaha.
lagi pun dunia IT ni terlampau luas, block 10, beratus-ratus lagi muncul.
bagi den yang kaki perempuan download ni,
internet tanpa muat turun ibarat makan nasik tanpa lauk.
hahaha.peribahasa lagi..
macam-macam bende boleh dimuat-turun kat internet ni.
ada bende yang boleh meningkatkan pengetahuan kita, ade juga yang boleh melalaikan kita.
kene pandai-pandai la kan mahu survive di alam maya ini.
agak-agak macam mane ea pada masa depan nanti.
kelajuan internet akan bertambah, tetapi aplikasi internet semakin berkurang.
mungkin nanti anak-anak den boleh guna internet untuk cek emel je kot.hahaha.
sekian.


pesanan penaja : aktivit muat turun memerlukan kesabaran yang jitu.

Monday, June 20, 2011

12 PREMIUM LINK DOWNLOAD

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini aku ingin share dengan korang-korang yang belum
tahu untuk generate premium link untuk download dari website
file sharing yang available sekarang ni.
sila abaikan yang sudah kene block tu.
ribu-raban lagi ade kat luar sana tu.jangan risau.
kali ini aku mahu share 3 sites je. banyak lagi yang ada,
korang boleh google kalau nak lebih banyak.
antara sites yang boleh generate premium link:


1. rapidrar.com
2. tigerleech.com
3. osleech.com


antara file storage yang boleh diguna pakai untuk generate premium link kat sites kat atas ni adalah :
uploading, netload.in, filefactory, rapidshare, hotfile, filesonic, duckload.
care untuk generate link tu korang explore la sendiri ye. 
xsempat den nak bikin tuto untuk tu.
tapi kalau ade ramai yang request tuto tuk muat turun movie ke ape-ape ke.
nanty den cuba proposalkan dengan boss.
sekian.


pesanan penaja : lawak kampus, bestttt..

Saturday, June 18, 2011

20 .. .----. -- .- .-.. --- ... . .-.

assalamualaikum.
selamat sejahtera.




.-- .... . -.   -.-- --- ..- .-.   .--- --- -.- . ...   .. ...   -. ---   .-.. --- -. --. . .-.   .- -.-. -.-. . .--. - . -.. 
.-- .... . -.   -.-- --- ..- .-.   ... -- .. .-.. .   -. ---   .-.. --- -. --. . .-.   -- .- -.- .   .... . .-.   .... .- .--. .--. -.-- 
.. - ...   .-   ... .. --. -.   ..-. --- .-.   -.-- --- ..-   - ---   ... - .- -.--   .- .-- .- -.--   ..-. .-. --- --   .... . .-. 


pesanan penaja : salah den.

Thursday, June 16, 2011

24 KHAS UNTUK DRIVER MOTORSIKAL

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


mula-mula sekali ingin memohon maaf sekiranya tajuk aku tu ada
kesalahan tatabahasa.
apa yang harus dipanggil untuk mereka yang bawak motorsikal ni ea.?
abaikan saja, kita panggil sahaja driver motorsikal.
okeh..kita terus sahaja kepada isi-isi penting :


1. helmet : merupakan satu alat /  perkakasan yang direka untuk melindungi kepala daripada hentakan.ianya dipakai di kepala manusia dan bukannya tempat lain seperti, kepala lutut mahupun raga motorsikal.


2. beri laluan kepada kenderaan lain : janganlah kita tamak sangat bawak motor duk kat tengah-tengah jalan pulak, time kenderaan lain takde takpe, tapi bile dah ade kenderaan tu, bergerak la sikit ke tepi. kita naik honda tayar dua je, orang lain tayar 4, 8, 16. jadi berhemah lah kita di jalan raya.


3. cilok-mencilok : jangan melakukan aktiviti ini secara merbahaya, lakukannya secara berpada-pada dan berhati-hati supaya kita dapat mengelakkan diri kita dan pengguna jalan raya lain daripada kejadian yang tidak diingini.


buat masa sekarang itu sahaja, isi-isi penting yang berjaya dikupas.
hahaha. sungguhpun begitu, sekiranya anda memiliki pengedar organ-organ spare, mahupun nyawa spare,
anda bolehlah mengabaikan segala nasihat diatas.
sekian.


pesanan penaja : pandu cermat, kita selamat.

Wednesday, June 15, 2011

19 DIAM DALAM LIPATAN

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


sekian lama telah menyepi di alam maya ini terutama blogging.
tidak mengapa, bukan ada yang merindui.hahaha.
bukan nya ku tidak ingin mengupdate blog picisan ini, tetapi
tiada isi atau bahan untuk dikongsikan bersama teman-teman.
kunjungan ke blog rakan-rakan juga tidak dapat dilaksanakan
kerana sedikit kesibukan dan kelajuan broadband yang terlampau laju
menyukarkan lagi proses blogwalking. 
segan la pulak nak taip panjang-panjang.hahahaha.
macam baru berblogging pulak..terima kasih kepada rakan-rakan
yang tidak jemu menjenguk blog buruk ni.
mungkin aku akan kembali menerjah blog rakan-rakan selepas ini.
di bawah aku kepilkan bersama 3 keping gambar yang tiada motif
dan tiada kene mengena dengan post ini.hahaha.harap maklum.




pesanan penaja : jump the gun.

Wednesday, June 8, 2011

20 SILA BERI TUNJUK AJAR

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini terasa gatal tangan ku untuk mengupdate blog.
walaupun kekurangan idea, tetap dikerah juga sel-sel di otak untuk menyusun
ayat-ayat untuk ditaipkan di papan kekunci komputer riba ini.


saya budak baru di arena blogging ini.
umur saya di alam blog baru 2 tahun setengah.
followers saya baru mencecah 1133.
traffik saya tidak sesak seperti jalan-jalan di ibu kota.
earning saya tidak lah semantap rakan-rakan yang lain.
saya budak baru, sila beri tunjuk ajar.


walaupun begitu, saya cukup berbangga kerana telah mendapat
ramai kawan baru di alam blog ini yang tersangat-sangat lah best.
kalau mau disenarai hitam kan di sini, tidak berkesudahan mungkin
kerana terlalu ramai rakan blogger yang syiooook abes.
semoga persahabatan yang terjalin berkekalan.
diharapkan dunia blogging terus harmoni dan aman sejahtera.
masih banyak yang perlu aku pelajari dalam dunia blogging ni,
sila beri tunjuk ajar.


pesanan penaja : is nothing.

Tuesday, June 7, 2011

7 BANGGA ITU OKEY KAN?

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


apa khabar rakan-rakan..?
harap maaf sudah lama membiarkan blog ini berusang.
sedang menghadapi kekeringan idea untuk mengupdate blog.
pagi ini tidak ingin bercerita apa-apa,
cuma ingin berkongsi dua keping gambar yang bikin aku kembang idung sat.
klik-klik untuk paparan lebih jelas, pastu cari gambar den.hahaha.
hint, tengok kat profile highlight, sape ea yang rajin g tengok profile den tuh.

bangga itu takpe, tapi jangan melampau.kan?
sekian.
pesanan penaja : sudah lapar balik.

Wednesday, June 1, 2011

15 BURGER KU BERTARAF ANTARABANGSA..

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


sudah lama tidak menaip di komputer riba tercinta
kerana kesibukan dengan tugas harian sebagai penjual burger yang berjaya.
bersyukur kepada Tuhan, dengan rezeki yang dilimpahkan.
sepanjang 28 Mei - 3 Jun, aku telah dipelawa untuk
membantu ibu saudara ku di gerai jualan nya bersempena
dengan SUKBEL 2011 bertempat di Kem Kandis, Bachok, Kelantan.
nak tawu ape itu SUKBEL? korang google la sendiri.hahaha.
akan tetapi bukan itu yang ingin ditonjolkan di sini.
SUKBEL ini adalah di peringkat antarabangsa, jadi peserta-peserta yang 
datang adalah dari seluruh dunia.
antara nya adalah Mongolia, South Korea, China, India, Bangladesh, Pakistan
Indonesia, Brunei, Thailand dll.
aku sebagai pembungkus burger yang berjaya telah berjaya memenuhi
permintaan pelanggan sepanjang SUKBEL ini berlangsung.
tetapi yang paling menarik adalah, cik awek yang comel dan cun 
dari Mongolia telah mengorder burger dari gerai kami 2 kali dalam sehari.
itu menunjukkan burger kami bertaraf antarabangsa.hahaha.
cik awek dari Mongolia ini sangat Hot okeh. berdarah hidung den.
untuk rekod, terdapat lebih dari 10 gerai jualan di sana.
banyak lagi mahu dikongsi. tetapi tunggu abis SUKBEL ni dulu
baru den citer.hahaha.
sekian.


pesanan penaja : ade orang rindu den x?