Saturday, April 30, 2011

7 DOWNLOAD MAHARAJA LAWAK ASTRO, MINGGU KE-6 (FULL)

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


mesti ramai  yang tercari-cari link untuk memuat turun full part Maharaja Lawak Astro Minggu 5 kan.?
link yang aku share itu hari boleh dipakai, tapi aku cek tadi, admin masih belom
siap upload file tersebut.
jadi inisiatif terpaksa dicari untuk memuat turun di lokasi lain.
tanpa melengahkan masa.
ini link untuk full part.cari la yang minggu ke-5.


http://www.teamaryzs.com/2011/04/maharaja-lawak-2011-sdtvrip-xvid.html


kalau korang nak download lagi laju, search la tuto
nak donlod macam premium akaun tuh, baru mantap. okes.
kalau ade yang broken link, habaq la kat admin situ, den pown baru nak try download situ nih.


ini link untuk Maharaja Lawak Minggu 6.
http://tinypaste.com/4be811


jom download..


pesanan penaja : silent.

Wednesday, April 27, 2011

24 BABY HAMSTER YANG TERSANGAT CUTE

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


mintak ampun kerana sudah lama tidak mengemaskini blog picisan
dan mengunjungi balas blog rakan-rakan sekalian.
sedang meniti saat-saat terakhir untuk membentangkan FYP.
bagaimanapun, hari ini ingin dikongsikan potret baby hamster
ku yang tersangat comel.hahaha.jom tengok.
gambar last paling aku suke.[tunjuk bontot.hahaha]


pesanan penaja : presentation.sedetik lebih.elphie.

Saturday, April 23, 2011

13 DOWNLOAD MAHARAJA LAWAK MINGGU 4(FULL)

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


saat yang dinantikan telah tiba.
si uploader telah memuat naik Maharaja Lawak Minggu 4.
tak perlu susah-susah nak tengok kat utube.
download kat sini, lagi berkualiti.hahaha..


http://dimensi2u.net/2011/04/23/maharaja-lawak-minggu-01/


selamat memuat turun kepada rakan-rakan.
have fun.


pesanan penaja : sangat syioookk.

Friday, April 22, 2011

16 MAHARAJA LAWAK ASTRO, MINGGU KE-4

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


tatkala orang lain sedang berseronok menonton raja lawak live.
aku terpaksa menonton yang delay nya sahaja.
tidak mengapa janji dapat tengok.
tengok kat utube pown jadik lah kan.
okes..mau share link untuk rakan-rakan tonton kat utube.


http://www.youtube.com/user/guatvcom


channel guatv yang terbaik rasenye, laju je dowang upload.
kualiti vid pown ok.


tapi kalau korang nak download yang full part, tak mau download kat utube pown boleh.
tapi rasenye malam ni belum ade lagi, mungkin besok ade kot.
ini antara site yang biasa aku download Maharaja Lawak.


1. akumuzikhampa.blogspot.com
2. dimensi2u.net


cukup la tu 2 link kan.
banyak-banyak kang, xtawu nak download yang mane 1 pulak.
selamat menonton Maharaja Lawak, walaupun bukan yang LIVE.
hidup ASTRO.
hahahaha..


kenape amir masih terselamattt..??
tidakkkkk..


jozan dan nabil the best.


pesanan penaja : report masih belum siap..hahaha..hero selalu perform last minute.

23 KERETA MEWAH TAPI OTAK KAT LUTUT

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


apa khabar kalian..?
sudah mengundi YB..?
haha.tak abes lagi nak promo kan.
ok..bukan mau story pasal pilihanraya tu.
hari jumaat yang berbahagia ini ingin diceritakan perihal pemandu kita
yang berkereta mewah tetapi otak nye mungkin tertinggal di supermarket
ataupun tandas-tandas awam.
mintak ampun kepada mereka ini.
mereka berkereta, semasa ingin membelok sudah memberikan isyarat.
itu baguslah. tapi yang tidak bagusnya, apabila mereka mengubah suai 
tinted / casing untuk lampu singnal tu menjadi kaler yang same dengan lampu brek.
ape ke hal nye tu bro..?
lu dah ade keter besar, bini ade kat sebelah. tapi kete kau bikin macam tu..
fiscake betol la..kalau jalan tu lu gune sorang takpe.
ni ramai lagi orang lain yang gune.
elok-elok dah kilang pasang kaler tu hang nak tukar pasai apa..?
badigoll betoll.. kalau orang perasan takpe la hang nak belok.
tapi kalau yang xterperasan macam mane..??
ni lah sebab nye aku cakap mereka ni letak otak kat lutut.
sebelum ubah ape-ape tu, fikir masak-masak dulu.
mat motor pun ade jugak bikin pengubahsuaian macam tu,
tapi aku jarang nampak, yang banyak nye kete.
sekian syarahan untuk hari ini.


pesanan penaja : kepada mereka yang belum mengundi, klik SINI.

Wednesday, April 20, 2011

33 AKU MENJADI WAKIL RAKYAT, TOLONG UNDI

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hanya entri ringkas kepada rakan-rakan bloggers.
aku ada join 1 contest hari tu, iaitu CONTEST DIALOG MISNORUL.
hari ini aku telah diumumkan sebagai top-ten.
tapi empunya blog buat piliharaya kecil untuk top 10 ni, untuk select top 6.
hahaha..oleh hal yang demikian, aku ingin memohon jasa baik orang kampung untuk
membantu dan memilih saya menjadi wakil rakyat anda.
sekiranya saya menang, saya akan membawa perubahan yang sangat besar kepada kampung rambutan
kita ini. saya akan tubuhkan jambatan, dewan serbaguna, jalan raya, dan sebagainya.
untuk mengundi senang sahaja, tidak perlu daftar sebagai pemilih.


1. masuk link INI
2. cari ruangan untuk mengundi tu, rasenye kat atas sekali.
3. vote link yang first tu, itulah link blog bakal YB anda.
4. ucapan terima kasih dari saya.


TERIMA KASIH.
JASA MU DIHARGAI.


pesanan penaja : semangat giler sebab terpilih jadi top 10 nih.

Monday, April 18, 2011

26 [prebiu]CONTEST SENGAL saya_aRief

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


walaupun laporan latihan praktik masih belum disiapkan,
tetap menggatalkan tangan untuk menghentam papan kekunci untuk
mengemaskini blog.
hanya ingin buat pengumuman kepada orang-orang kampung.
aku telah membikin keputusan tentang contest merangkap giveaway kedua aku nanti.
idea kasar nya telah dibuat, hadiah sudah ditempah, cuma masih belum disiapkan.
penaja hadiah sekarang sibuk sikit, tidak mengapa, cik penaja hadiah, take ur time.
kepada rakan-rakan yang berminat untuk join, tunggu kan kemunculan nya.
modus operandi kontest ni ade berkaitan dengan perkataan "sengal"..
tunggu bulan Mei boleh kan?
sebab takot ade rakan-rakan kite yang tengah berhempas-pulas untuk final exam ni.
harap-harap ade la yang sudi join nanti.
sekian.


pesanan penaja : kepada yang menang, akan dapat gajah seekor.titik

Sunday, April 17, 2011

19 AKU SUKE TENGOK GAMBAR NI

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


post ini bukan berkisarkan politik.
aku tidak meminati sangat bidang politik ni.
tapi, aku gemar untuk menatap potret ini.
sudah puluhan kali aku melihatnya.
dan setiap kali ku melihatnya, hati kecil ku tersentuh.
titik noktah.
gambar diambil dari Facebook TGNA, credits kepada pemiliknya.


pesanan penaja : noktah.

Thursday, April 14, 2011

34 HAMSTER AKU BERSKANDAL...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


baru selesai melakukan senaman ringan dengan bermain futsal di Real 7, Pasir Tumboh.
pada malam yang dingin ini, ingin ku kongsikan gambar baby hamster kesayangan ku lagi.
pada pendapatan aku, hamster aku ini telah melakukan skandal semasa di Pets Store.
ini kerana warna bulu pada baby hamster ini sangat berlainan daripada bapa dan ibunya.
kemungkinan si ibu ini pernah memasang beberapa ekor skandal sebelum ini.
sudah, tidak perlu taip panjang-panjang, takde orang nak bace nanty.
jom tengok gambar.
yang kaler kehitaman tu memusykilkan aku.
apa-apa pun, ini semua ciptaan ALLAH, segalanya terserah kepadaNya.
cukup la 2 kan.?
segan pulak baby tu amik gambar banyak2.
pesanan penaja : report + muet = pengsan 10 saat.

Wednesday, April 13, 2011

11 RENUNGAN KENDIRI

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini tak mau cakap panjang.
mau share 1 video kat utube.
video dikir barat halim yazid, lagu bangkit asal.
kalau mane-mane yang tak berape nak faham loghat kelate.
sile cari translator okeh.
sedih woo lagu nii.
kisah silam Halim Yazid nih.
moh layan.

sadis.


pesanan penaja : muet lagi sabtu ni.

Tuesday, April 12, 2011

16 MAIN GAME PON BOLEH HARUMKAN NAMA NEGARA

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini ingin menyebarkan semangat patriotik ku yang terpendam.
semenjak dua menjak ini, aku telah addict dengan 1 game ni iaitu WORLD OF GOO.
game ini aku muat turun dari blog mr piratz
memang best abes la game ni.
tapi tensen gak kadang-kadang, taknak review sangat pasal game ni,
kowang boleh baje kat mr piratz punye site
yang membuatkan aku tertarik sangat dengan game ni adalah yang buat menara goo tu.
kasik tinggi-tinggi. kite boleh tengok engineer dari negara mana yang paling hebat.
dye akan kuar ngan bendera kite sekali weh, JALUR GEMILANG tu.
tapi mase aku main tak nampak pon JALUR GEMILANG yang lain. 
dari CHINA ramai la main.
ni skrin shot yang aku main jap tadi, harap maaf.
aku bukan engineer yang bertauliah.


oleh hal yang demikian, kami ingin menyeru rakan-rakan
supaya memeriahkan game ini seantero dunia.
hahaha.
klik SINI untuk muat turun game ini.


pesanan penaja : ajak semua orang kampung main game ni, harumkan nama malaysia.

Monday, April 11, 2011

23 HARI YANG SURAM...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.
hari ini 11 April 2011.
ada apa yang menarik hari ini.?
takde ape-ape. latihan praktik?
data entry untuk satu sistem yang sedang dibangunkan oleh Boss.
besok lusa mungkin selesai tugas data entry ini.
hari ini layan lagu jiwang karat + jiwa kacau semua.
duduk sowang-sowang pulak kat dalam bilik ber-air-conditioner tu.
fuhh..memang best.
antara lagu-lagu yang dilayan hari ini.


enrique iglesias - hero.
weezer - perfect situation.
a.c.a.b - streets of uptown.
glenn - sedih tak berujung.
owl city - strawberry avalanche, vanilla twillight, fireflies.
blue october - hate me.
taylor swift - speak now.
arctic monkeys - 505, fake tales of san francisco.
lazlo bane - i'm no superman (lagu untuk SCRUBS).


lagu yang di"bold"kan tu, repeat 100 kali.
huhu..banyak la kalau nak disenarai panjang kan.
cukup lah setakat tu.
rindu pulak dekat beliau. adess.


pesanan penaja : beliau.sedang.buat.apa.ye.?[dm]

Sunday, April 10, 2011

25 MAKAN KEK BERSAMA SAHABAT

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

ingin berkongsi beberapa kepingan gambar semasa 
menjamu selera bersama teman-teman di KB Mall semalam
untuk menyambut hari jadi seorang sahabat kami.
Majlis tersebut berlangsung di Mc'D KB Mall.
walaubagaimanapun, kek tersebut tidak berjaya dihabiskan
dan oleh hal yang demikian, kek tersebut dikongsi dengan 
seorang Mak cik dan keluarganya.
mari kita lihat gambar yang dimaksudkan.



gambar pemilik blog tidak berjaya ditangkap atas sebab-sebab teknikal.
lebih kurang separuh je kek tu berjaya dihabiskan oleh 4 orang belia.hahaha.

pesanan penaja : sungguh enak kek tersebut walaupun harganya tidaklah mahal.

Saturday, April 9, 2011

33 AKU YANG TIDAK PERNAH NAIK LRT

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

sungguh bergembira dengan kemeriahan traffik hari ini.
sungguh tidak disangka-sangka dapat mencapai jumlah tersebut.
tapi masih rendah jika  mahu dibandingkan dengan blog-blog yang dah well-established
kat luar tu.apa-apa pun, ini sudah cukup menggembirakan aku.
okes.berbalik kepada entry hari ini.
sape yang tidak pernah naik Light Railway Transit (LRT) / Komuter dan adik-beradik bende ni la.
sila angkat tangan macam Ucop Wilcha.
aku memang angkat tangan sudah ni.
rakan-rakan yang menetap kat ibu kota tu mesti selalu naik kan pengangkutan awam ni.
bagi kami ni yang jauh dari ibu kota, memang takde nye bende ni duk lalu
kat atas kepala tuh.hahaha.
kalau aku pergi ibu kota pun, takde orang nak bawak aku jalan-jalan naik LRT dan keluarganya ni.
mesti naik kereta, motorsikal, takpun teksi.
lepas ni kalau berjaya melanjutkan pelajaran ke ibu kota, kene belajar la nak naik benda nih.
oleh hal yang demikian, kepada rakan-rakan yang biasa naik LRT dan adik-beradik nye nih.
sila bikin tutorial "how to ride a LRT n his family"..

nanti aku nak study tutorial tu, mesti gempak entry tu nanti, rase macam takde orang buat lagi.
serius.


pesanan penaja : traffik hari ini sungguh kencang. syukur.

34 MAHARAJA LAWAK ASTRO, MINGGU KE-2

assalamualaikum.
selamat sejahtera.








untuk minggu ke-2 ni..
antara persembahan yang best nye adalah..
Sepah, Nabil, Jozan, Jambu.
dan yang terbaik rasenye Jambu. 
Jambu - best giler, Taukeh ngan Yus memang menjadi sangat..
Nabil - dye pandai dalam nak sambung2 kan persembahan dye yang dulu dengan minggu ni, menjadi.
Jozan - lawak bersahaja, tak boleh nak kondem Jozan, sebab mereka da selalu buat kite gelak untuk 5 musim  Raja Lawak Astro, xpela kalau recycle idea cket2.
Sepah - memang mantap..
persembahan yang lain-lain, biasa sahaja.
selesai bab persembahan minggu ke-2.
yang tidak enak nye, minggu depan takde dah kat Astro Prima (105)
kite kene langgan Pakej Mustika, baru leh layan Live kat peti televisyen.
sangat tertekan seyh..
tapi tidak mengapa, boleh sabar lagi.
sebab aku boleh muat turun nanti, layan kat lappy.
tapi bagi keluarga2 yang nak tengok show tu nanti macam mane.
takkan la 1 family nak terlopong depan PC tengok kat utube..
entah pape la Astro nieh.
bagi yang nak protes klik SINI , sebagai tanda protes.
sekian.


image : google


pesanan penaja : (-.-') DM dengan elizabeth swan jap.

Friday, April 8, 2011

20 LELAKI PAKAI RANTAI

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


baru sudah menikmati double cheese burger yang sungguh enak
yang dibeli di mekdi yang berhampiran.
sungguh menyelerakan, menjamu selera pula di Real7 Futsal, Pasir Tumboh.
walaupun tidak dapat main, tapi tengok orang main pun jadiklah.
pada kali ini, ingin ku kongsikan mengenai Lelaki dan Gelang[bangle] / Rantai.
sebelum itu, ingin ditanyakan pendapat kalian..
agak-agak la macho ke lelaki pakai bende ni..?
pada pendapatan aku la kan, langsung tidak menampakkan ke"kacakan" lelaki tersebut
kalau pakai bende ni. bagi orang Islam la, pakai bende ni dah salah bagi lelaki.
masih tidak mengetahui fungsi / kelebihan apabila mereka pakai rantai nih.
kalau yang handsome tu xpe la, ini sudah la tidak kacak, pakai pulak bende nih.
ketidak kacakan nya sudah menjadi berganda..
paham tak apa yang aku cakap..hahaha.
tolong la sape-sape yang rajin kat luar sana tu.
buat research kebaikan pakai rantai nih bagi lelaki..
pastu tolong share kat alam maya nieh.


pesanan penaja : burger tadi memang sedap. mat rempit pon ramai bonceng awek, sungguh bersih pemandangan. 

Thursday, April 7, 2011

28 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA NAIK SCOOTER

assalamualaikum.
selamat sejahtera.






image : www.wawanfaiz.com


post kedua untuk hari ini.
pada petang tadi semasa aku dalam perjalanan pulang dari opis.
aku ternampak kelibat seseorang yang macam femes-femes je.
beliau adalah norshahrul idlan talaha, pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan negeri Kelantan.
beliau menaiki scooter putih dalam perjalanan ke padang untuk latihan.
mase aku jumpe Mat Yo ni, lampu isyarat merah.
semua orang kat simpang tadi menjeling mata kepada beliau.hahaha.
sampai segan-segan beliau aku tengok tadi.
ade jugak abang ni pegi tegur Mat Yo, haha.mesra la tu.
steady abes la Mat Yo naik scooter, sempoi je.
rasenye ego-s tadi.
aku xsempat nak amik gambar je Mat Yo ni sebab lampu sudah ijau.
hahaha.nanti kalau ada kesempatan, pergi terjah la tempat Red Warriors ni training.
susah jugak kan jadik orang femes..?
pegi mane-mane mesti jadik tumpuan, sampai dalam jamban pon orang ikot.hahahaha.


pesanan penaja : nak post pasal benda lain, tapi masih belum cukup isi penting.

48 AKU SUDAH JADI ATUK

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


apa khabar kalian pada hari khamis yang indah ini.?
hari ini, opis ku bakal diterjah oleh pensyarah pemantau dari UiTM Kampus Machang.
beliau sudah mengcallipon ari tu, rasenye macam ok je lecturer ni, sporting kowt.
btw, bukan itu yang bakal ku ceritakan kali ini.
pada tanggal 5 April 2011, di petang yang mendung dan berangin suam-suam kuku.
my syrian hamster yang comel telah selamat melahirkan 5 ekor babies.
hahaha.entah betol ke tidak bahasa aku kali nieh.
jantina kesemua anak-anak hamster tersebut masih belum dapat dikenalpasti.
beberapa kepingan gambar telah berjaya ditangkap untuk direkodkan.
oleh hal yang demikian, aku telah berjaya mendapat pangkat atuk.
hahahaha.joom kite tengok gambar baby hamsters nie.
masih kecik dan merah. kalau ade yang geli, sila ctrl+w sekarang.






inilah si ibu kepada anak-anak kecil itu.


yang roborovski xtawu la bile nak bersalin, tengok badan da boyot.
nasib baik syrian ni da bersalin.
syukur..


pesanan penaja : tidak sabar untuk menunggu mereka besar.

Wednesday, April 6, 2011

51 KENANGAN ZAMAN SEKOLAH

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini mau story pasal kenangan mase zaman sekolah dulu.
ada beberapa perkara yang mengakibatkan aku teringat kembali zaman retro dahulu
setelah menjejakkan kaki ke sekolah lama semalam untuk mengambil SPEAKING TEST.


1. uniform sekolah.


















rindu giler nak pakai seluar biru, seluar hijau, baju putih, tali leher..
kasut putih bertompok-tompok koko. smart giler lah..rambut pulak kasik nerd abes.
[0.o]


2. perhimpunan.










perhimpunan utk dengar cikgu-cikgu bertugas bagi ucapan, walaupun tidak berapa nak mendengar nye.
hahaha.tapi best bile time nak nyanyi, tambah2 kalau conductor tu cikgu wanita yang comey.
[o.0]


3. papan hitam.


















yang ni retro abis seyh walaupun masih konfius kenapa panggil papan hitam, sedangkan dye hijau. kapur putih + kapur warna-warni. memang klasikk abes la.
tapi best, boleh wakenabeb kan orang dengan "duster" tu. baling sana-sini, kasik kecoh 1 kelas.


4. waktu rehat.














beratur dekat kantin tuk beli nasik dengan air, rasenye dulu seringgit tu da boleh beli 1 set smiley meal [nasik + air] sekarang susa da kowt nak jumpe.


5. ni yang paling best, tawu ape.??
hahaha..LOCENG BALIK.


















seyes, bile dengar loceng ni, cikgu cakap ape kat depan memang sudah tidak diterima 
masuk oleh receptor kat telinga nih.
rindu giler lah..


aku nak sekola rendah balik.


image : google.


pesanan penaja : bawak bekal datang opis = efisyen.

Monday, April 4, 2011

33 HONDA BERODA DUA DAN SI BUDAK COMEL

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

pada petang yang berbahagia tadi, aku telah diamanahkan oleh bapa saudaraku
untuk pergi mencari makaroni dan juga spagheti.
aku menghampiri honda beroda dua ku untuk memulakan perjalanan.
tiada yang menarik sepanjang perjalanan ku ke destinasi yang dituju yakni mini market.
setibanya aku di mini market, aku terus mengambil 1 paket makaroni dan spagheti.
ketika pulang,setibanya aku di 1 persimpangan aku ternampak kelibat 2 orang kanak-kanak comel
di dalam sebuah kereta di sebelah ku.
mereka sungguh ceria dan saling berbalas senyuman di antara mereka.
aku pun ingin menyibukkan diri dengan memberi senyuman hamster kepada mereka.
mereka semakin riang.
lampu isyarat bertukar hijau. kereta tersebut berlalu pergi, dan aku mengikuti rapat kereta
tersebut untuk bermain-main mata dengan kanak-kanak comel itu.
aksi potong-memotong berlaku dalam 2 3 kali, menyebabkan kanak-kanak tadi tersenyum dengan 
senyuman yang tersangat comel. 
akhirnya, kereta terbabit membelok masuk ke satu lorong.
hahah.aku tidak sempat untuk memberi "flying kiss" kat mereka.
semoga kita berjumpa lagi kanak-kanak comel.
mereka sungguh comel.















lebih kurang mia ni la adik tadi, tapi kecik sikit.
kembar kowt tadi.

image : google.

pesanan penaja : esok muet, tapi masih gatal melepak di alam maya.

10 LAGU REBECCA BLACK SESUAI UNTUK BUDAK-BUDAK MUET

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


ramai sudah kenal cik RB ni kan..
rebecca black name penuh dye. lagu dye mesti semua da dengar kan.
bagus punye lagu ni.
sangat sesuai la untuk student-student yang nak amik muet tu.
dengar lagu nie..boleh membantu dalam pembelajaran bahasa orang putih nie.
nih gatal nak letak video jugak..khas untuk budak-budak muet.





all the best kepada mereka yang bakal menghadapi MUET.
pesanan penaja : today is monday, tomorrow is tuesday.
have a nice day. [ pantun dalam BI nih.]

Sunday, April 3, 2011

15 ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


kepala berdenyut macam denyutan nadi sejak dari petang tadi.
masih belum mahu untuk menelan panadol 3 papan.
malam ini berlangsungnya ABPBH 2010, haha.mesti ramai yang tengok.
sebab lengang sikit lebuhraya laman sosial malam ni kecuali twitter.
kat twitter, ramai yang duk tweet pasal ABPBH nie.
aku..?
hahaha.nak kate minat tu xla sangat, tapi amik tawu sikit-sikit suda.
lagipun kepale tengah pening, tidak memilik keinginan untuk melakukan apa-apa selain memejamkan mata dan
menukarkan mod diri kepada hibernasi.
kalau dulu aku tengok award show ni sebab nak tengok persembahan artis-artis yang best je.
sekarang maybe nak tengok host dye kowt..gempak ke tidak.hahaha.
malam ni ok la, ade geng-geng lawak ni ekspecially cik zizan.
sudah.tidak ingin mencarut lagi.
ingin diucapkan tahniah kepada pemenang nanti.
sekarang mau belasah roti canai + panadol aktipes.
sekian.


pesanan penaja : miss asma, pensyarah pemantau latihan praktik ku.
:D

Saturday, April 2, 2011

33 BUFFERED EARNING LAGI...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


semalam gedik bikin post nak tutup blog pasai banyak aktivitas sikit sekarang.
tambahan lagi, kami dalam proses nak berhijrah ke hosting sendiri.mintak-mintak la jadi.
tapi hari ni curik mase untuk update.hahaha.tangan gatai.
banyak aktivit minggu ni.


1.muet
2.report.
3.fyp.






huhu.kembali kepada topik utama malam ni.
hari ni 3 BE sekali gus masuk.
hahaha.sungguh gembira.
ini menjadikan total BE yang aku dapat 41.
baru 41, tapi da bersyukur sangat-sangat.
terimas kepada semua pengunjung blog picisan ini.
jasa kalian amat kami hargai.


pesanan penaja : muet.. T___T

9 BLOG CLOSED