Thursday, March 31, 2011

42 FOLLOWERS DAH SERIBU...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


















pada tanggal 31 Mac yang penuh bermakna ini, tercetus la sebuah revolusi.
hahaha.poyo je kan.?
anyway, ari ni followers ku baru genap 1000.
blogger lain ribu-raban followers xde bising-bising macam aku pown.
haha..itu lain cerita, entry ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian semua.
bukan kepada followers yang ke 1001 sahaja, malah kepada semua followers saya_aRief.
tanpa followers yang pertama mana mungkin angka itu sampai 1001 kan.
terima kasih sekali lagi kepada semua.
semakin gigih untuk berblogging.


p/s : followers yang ke seribu main tipu, haha.itu member aku.dye dah double follow.xkire.


pesanan penaja : semoga si dia sihat-sihat sahaja disamping thesisnya.
T___T

Tuesday, March 29, 2011

23 HER

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


01101001001001110110110100100000011101110110000101101001011101000110100101101110011001110010000001100110011011110111001000100000011010000110010101110010


sekian.


pesanan penaja : T ___ T  [muke penyek]

Saturday, March 26, 2011

23 PEMANDU KERETA YANG *&^%$#

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


post ini ingin dibuat semalam lagi, tapi tiada berkesempatan.
jadi ditunda kepada hari ini.
semalam semasa aku sedang asyik memandu honda beroda dua ku untuk ke bandar.
sebuah kereta kecil keluaran malaya telah memotong ku.
aku tidak kisah jika beliau memintas ku. akan tetapi yang membikin aku panas hati apabila beliau
menembak tepat kepada ku percikan air yang kotor daripada lopak air.
sangat kejam kereta tersebut.
masih jelas berada di memori kepala ku jenis, warna, nombor pendaftaran kereta )(*&^%$ terbabit.
sangat sengal seyh..mentang-mentang naik kereta.
macam mane dia boleh tak perasan lopak air tu, agaknye sebab awek dye kat sebelah kowt.
sebab tu la xperasan.. (*&^%$#@! . fish cake betol la mamat tuh.
nasib baik aku pakai baju itam. 
pemandu kereta sekarang ni dah xhirau kat pengguna jalan raya yang lain, ingat dye sowang je gune 
jalan tu. malam sebelum tu pun aku dah kene sekali. kereta bukan main lagi mahal, tapi bile nak belok 
tu kan, dah elok da bagi isyarat, tapi dye punye lampu signal tu sempat berkelip sekali je.
terus belok..dasyatt betul aku kate rakyat malaysia ni. jimat sangat nak bagi signal, bagus betol.
apalah nasib diriku yang malang.


haha..ape-ape pun, semalam dapat BE yang ke-38.
xnak bikin entry je, nanty orang cakap cliche..hahaha.


pesanan penaja : lagi sebulan mau abes LP.

Thursday, March 24, 2011

15 GEMBIRA RASA DI HATI...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


alangkah gembira dan bersyukur nye rasa di hati hari ini.
ingin tahu kenapa..?
3 sebab.


1. BE ke-37..
sangat-sangat gembira, melompat kegirangan, senyom sampai sekarang.hahaha.


2. Pemenang Teka-teki makanan segera!
teka-teki ni anjuran si akak jelita ardinihumaira. tak sangka pulak boleh menang, main try je tadi, 
ditambah pula dengan bantuan pak cik google..hahaha..suksessss..


3. Featured post untuk INNIT (Bahasa) ini hari.
tidak menggunakan formasi 4-4-2, tapi mampu untuk melekat di top post tersebut.
disebabkan melekat kat INNIT ini, traffik mencurah-curah.


terima kasih semua..jasa kalian amat kami hargai.


pesanan penaja : gembira[titik]

33 BE KE-37...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini dimulakan dengan senyuman selebar highway 6 lorong.
ini kerana, ketika sedang asyik menonton laptop tadi pagi.
ternampak sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan hati di nuffnang punye site.
teng..teng..teng.
Buffered Earning yang ke-37.






bersyukur sangat.
terima kasih kepada kalian semua yang tidak putus mengunjungi blog picisan ini.
jasa dan budi baik kalian sangat dihargai.
sekarang BE ni asyik melekat kat LR je, mula-mula dulu kat LB, pastu SS. sekarang bermastautin kat LR je. xnak pindah-pindah lagi.
bagi yang belum memperolehi BE ni.
cuba amalkan tips-tips yang otai-otai da bagi, nanti dapat la tu.
yang mujarab sekali mungkin UPDATE BLOGGER BIO SURVEY tu kowt.
huhu.update la sebulan sekali ke, kalau rajin, setiap minggu.hahaha.
semoga rakan-rakan di luar sana pon mendapat BE untuk kesejahteraan kita bersama.


pesanan penaja : ASB.

Wednesday, March 23, 2011

22 [GAMBAR]SUDAH LAMA TIDAK KETEMU SAMA MEREKA..

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

hari ini terasa amat rindu kepada anak-anak saudara yang jauh dari mata.
sudah lama kita tidak bertemu mata.
bergaduh sakan, beramah mesra, dan bermain riang.
hanya gambar sebagai penawar rindu.
gambar-gambar dirembat dari facebook parents mereka dan di gubah sedikit oleh ku.
credits kepada photographer yang terlibat.

jom tengok gambar, disusun mengikut usia..kowt.





pesanan penaja : merindui kalian.

Tuesday, March 22, 2011

58 CARA EFEKTIF UNTUK TAHU AWEK DAH ADE PAKWE KE BELOM...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


cuaca mendung hujan pula,
aku sejuk tidak terkira.


cuba bace tajuk kat atas sana tu...
ha..panjang bukan..aku memang suka tulis entry kat bahagian tajuk tu.
hahahha.okes..jejaka-jejaka pujaan malaya..
adakah anda bersedia untuk mengetahui cara untuk mengenalpasti awek tu sudah ade pakwe ke belom.
tapi skop kali ini adalah gadis-gadis blogger je la..
senang saja caranya.
anda persekitaran blognya.
cari ruangan/segmen yang tertulis "my heart", "pengarang jantungku", "my love" dll.
pastu ade pulak gambar macam ni.






haha.tapi bukan gambar jantung ni la, gambar pakwe dowang la.
kalau ade macam yang aku cakap ni, konpem la sudah berpunya tu.
tapi ade jugak gadis-gadis blogger yang suda berpunya tapi tak tunjuk pakwe dia.
mungkin tak nak kecoh-kecoh kat orang ramai kowt..itu hak mereka la kan..
kadang-kadang rasa jeles jugak tengok sweet2 couple ni.
all the best kepada kamu semua yang sedang bercinta itu.


pesanan penaja : cinta itu buta...kah?

57 AKU RASE NAK KOMEN, BILAMANA..

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini rajin sedikit untuk membikin entry di pagi hari.


pagi-pagi membeli akhbar,
rakan-rakan di sini apa khabar?
berbalik kepada tajuk entry hari ini, "aku rase nak komen, bila mana..."
ha..tawu tidak bile aku nak romen komen..?
1. Comment Form Placement - pop-up window, bagi platform blogger lah.
kalau yang full page ngan embedded below post tu xberape minat, sebab nanti internet slow,
lame nak tunggu, baru boleh kasik komen.


2. Show word verification for comments? - NO.
kalau dye tunjuk words yang senang2 xpe, ni berbelit2..nampak macam UFO itu ari.
sesungguhnya word verification ini sangat merumitkan proses pengkomenan.
hahaha..


3. panjang entry tidak melebihi jarak perjalanan Kota Bharu - KL.
haha..yang ni tak ikut sangat, kadang2 ade jugak post yang panjang aku bace sampai abes.
kalau terlampau panjang, memang tinggal pesanan kat shoutmix je la.


jangan marah ha..ini hanya pendapat dari insan kerdil ini.
kamu orang punye blog kan, kamu orang punye hak la.


pagi-pagi tengok citer otromen,
bagi yang rajin siler komen.
hahaha..pantun lagii..


pesanan penaja : taktik baru sikit ini hari.

Sunday, March 20, 2011

51 UNIDENTIFIED FLOATING OBJECT [UFO]

assalamualaikum.
selamat sejahtera.



pada malam yang dingin ini, ingin dikongsikan dengan kalian
kisah yang tidak berapa seram yang berlaku pada diri ku hari ini yakni di bilik air.
sebelum pulang dari opis petang tadi, hatiku terdetik untuk mengangkat kaki
menuju ke toilet untuk melepaskan hajat kecil kerana kulit dan tulang-temulang ku
sudah tidak mampu menahan kesejukan sub-zero di dalam opis.
aku pun berjalan lenggang-lenggok sambil menyanyi lagu "soley-soley"..
semasa menuruni anak tangga, aku sudah berasa tidak sedap hati kerana terbau sesuatu
yang kurang menyenangkan aku punye nasal cavity.
ku teruskan jua langkah ku, kerana tidak tahan.
setibanya aku di toilet tersebut, keadaan sunyi sepi, tiada orang,  cantikk..
aku melangkah masuk ke dalam toilet tersebut.
semasa di dalam tandas terbabit, aku ternampak penutup mangkuk tandas untuk tandas pertama tertutup rapat, hati ku sudah berdegup kencang.
aku terus ke tandas ke-2..
sebaik sahaja aku masuk ke tandas terbabit, ternampak unidentified floating object (UFO).
sungguh aku merasa tertekan. dan terus ke tandas pertama tadi.
hati ku sudah hilang keinginan untuk melepaskan hajat, aku dengan takut-takut berani
membuka penutup mangkuk tandas terbabit, tapi bukan dengan tangan, dengan hujung kasut ku. nasib baik pakai kasut pegi opis ari ni.
ternyata, naluri ku tersangatlah betul, terdapat juga UFO di sini.
tetapi jumlah nya lebih banyak dari tandas kedua.
hilang teros keinginan untuk melepaskan hajat.
aku tension.

pesanan penaja : kalau da pandai melepas tu, tolong la clear UFO to. sengal la manusia sekarang nih.

13 LEFT-HAND DRIVE MOTORCYCLE..?

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


ketika sedang fokus memandu Honda bertayar dua pagi tadi, 
terdetik di hati kecil ku ini satu persoalan hangit.
kalau kereta ada right-hand drive kan..??
tapi kalau motorsikal ade ke tidak..?
entah-entah motorsikal kat eropah sane tu pakai system right-hand drive jugak kan.
mungkin throttle dye di letakkan di sebelah kiri..
hahahhaa..konpem susahh nak bawak..
tapi ade ke ha ?
takde owang bagitawu lagi nie.. kene bertanye kepada mat motor dulu
mengenai persoalan hangit nie.


pesanan penaja : nanti mintak engineer buat motor left-hand drive.

Saturday, March 19, 2011

23 BOLA SEPAK MALAYSIA...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


sungguh menderita dan gundah-gulana hati ini apabila mendapati tiada siaran langsung
untuk perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2011.
entah macam mana la peminat nak sokong bola sepak Malaysia ni kan.?
siaran langsung xde..adooooii.
kalau untuk Piala Dunia tu bukan main lagi, hampir semua saluran tunjuk.
tension aku macam ni.
diharapkan pihak yang berkenaan mengambil serius la hal ni.
bukan semua penyokong dapat pergi tengok kat stadium tu.
kalau bola sepak Malaysia nak maju, kene dapatkan sokongan penyokong dulu.


kl felda united fc 0 - 3 kelantan
aggregate ( 2 - 5 )..


pesanan penaja : gomo kelate gomo.aku xtengok bola malam ni, tapi dengar bola.(audio streaming)

Friday, March 18, 2011

20 MAN JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE 5

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini tidak sempat untuk menonton siaran secara langsung Raja Lawak Astro Musim ke-5
kerana ada sedikit hal tadi.
walaubagaimanapun, tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut.
memang Man dan R2 antara feveret gua untuk Raja Lawak kali ini.
kumpulan Balas, lawak dia ok sahaja, dan kadang-kadang terlampau sikit.
takde la nak minat sangat raja lawak ni, saje menonton dan menggelikan hati melihat
pengacara yang da bomb, Johan dan Zizan.
seterusnya, menanti detik untuk MahaRaja Lawak..
tungguuuu..


pesanan penaja : tahniah buat Man.

17 KEBURUKAN BILA TAKDE LETRIK

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

apa khabar rakan-rakan di pagi jumaat yang tenang ini.?
diharapkan dalam keadaan sihat semuanya.
pada hari yang berbahagia ini, ingin diceritakan mengenai keburukan "blackout" yakni terputus
bekalan elektrik.
perkara ini sememangnya biasa berlaku bukan.?
akan tetapi, sedarkah kita mengenai keburukannya..?
di sini akan ku senarai pendekkan beberapa daripada keburukan tersebut.

1. suasana akan menjadi hura-hara dan kacau-bilau.
bayangkan apabila lampu isyarat di sebuah simpang yang sangat sibuk. hal ini akan mengakibatkan setiap pemandu memenuhi simpang tersebut tanpa rasa bertimbang rasa
terhadap pemandu lain. 















hampir kesemua pemandu buat ini macam, bas, kereta, lori, van sekolah, motorsikal pon same. disebabkan polis traffik masih belum tiba di tempat kejadian, 
huru-hara itu berlangsung untuk tempoh masa yang agak lama ditambah pula dengan 
irama dan melodi dari hon-hon kenderaan yang tersangkut di simpang tersebut.

2. aku terpaksa balik awal dari opis.
disebabkan kerja ku bergantung seratus dua puluh peratus kepada komputer riba, apabila "blackout" aku tidak bisa melaksanakan kerjaku. memburukkan lagi situasi, apabila bateri komputer riba ku yang suda uzur yang hanya mampu bertahan untuk beberapa minit.
ingat aku suka ke balik-balik awal nie.hahahahah.

pesanan penaja : aku pown turut tidak bertimbang rasa semasa berada di simpang berkenaan. takkan kita nak tunggu, orang lain semua duk  berebut.kan..kan..kan..?

Thursday, March 17, 2011

22 JOM JOIN CONTEST DIALOG MISZNORUL

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

tatkala kebuntuan idea untuk mengemaskini blog, terdetik hatiku untuk menyertai satu kontest
dari MISZNORUL.
tidak salah untuk mencuba nasib kan.?
kalau kamu semua nak join, klik SINI ok?

ini hasil contengan yang tidak seberapa dari kami.
picit-picit untuk tumbesaran.

lupe pulak aku nak tag.


klik SINI untuk join.

pesanan penaja : korang bertiga kene join, kalau xjoin siap la.

Wednesday, March 16, 2011

35 HAMSTER AKU YANG POYO JUGAK...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


sekarang mood untuk menghapdate blog semakin kerajinan, tidak tahu mengapa.
semalam tatkala sedang mempersiapkan diriku untuk melelapkan dan tidak menyedarkan diri yakni TIDUR.
terlihat gelagat cik hamster ku yang menunjukkan kepoyoan beliau.
gambar yang sempat di tangkap hanya beberapa keping kerana terlalu asyik melihat aksi poyo beliau.
mari kita saksikan kepoyoan cik hamster ini.
mintak maap, gambar tidak jelas sangat.







sangat poyo bukan..?
nasib baik tuan hamster tidak poyo.
bajet hot macam cik artis la cik hamster nih. sangat sengal.


pesanan penaja : hari ini layan lagu "arrow" sampai pengsan.

Tuesday, March 15, 2011

21 INI BARU VESPA...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


untuk mengelakkan salah faham di antara rakan-rakan sekalian pada entry
kami yang lepas.
gambar dalam entry tersebut bukan lah vespa seperti yang rakan-rakan kata kan.
di bawah ini saya sediakan rajah yang menunjukkan rupa vespa.
ayuh kita perhatikan. abaikan model yang memakai topeng dan tidak bertopeng itu.






pesanan penaja : berhenti mencuba.

Monday, March 14, 2011

18 HITAM DAN PUTIH...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

























pada malam yang dingin ini ingin ku karang jugak 1 entri.
tapi masih belum mendapat sebarang idea dan isi-isi penting.
aku ingat besok nak pegi carik calon isteri la.
kali ini serius dengan ketekunan yang jitu dengan semangat 199%.
sudah banyak skandal, sudah ramai bekas kekasih.
kini sudah tiba masanya untuk aku mengambil serius hal ini.
sape-sape yang tiada pekerjaan besok, boleh lah menemaniku untuk pergi meminang 
insan yang sangat ayu ini.











nak buat isteri nombor 1 ni.


pesanan penaja :sangat kacak bukan pemuda berspek dalam gambar di atas. kenapa pulak aku buat tajuk entry hitam dan putih..aku lupa..lagi.

31 JANGAN KLIK, KALAU XNAK MENYESAL DAN HANGIN...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


...aku buntu...
  ...sekian...

pesanan penaja : buntu. jangan marah ha pada yang gatal tangan nak klik tu.

Saturday, March 12, 2011

17 PENUNGGANG MOTORSIKAL YANG HINA...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


















hari ini telah memasuki hari ke-12 untuk bulan Mac, 2011.
dalam sehari dua ini, kampung ku dan kawasan sekitarnya sering dilanda hujan, walaupun tidak lebat, tetapi
ianya turun dalam jangka masa yang agak lama mengakibatkan air bertakung di jalan raya yang berlubang.
hal ini mengundang bahaya kepada pengundang jalan raya tersebut.
ingin diceritakan, pada petang tadi aku keluar untuk membeli sedikit makanan kepada anak-anak dibawah jagaan ku.
ketika aku sedang asyik men-Drive motorsikal kesayangan ku sambil menyanyikan lagu 3 kupang.
bebola mataku terpandang ke arah cermin sisi dan melihat sebuah kereta keluaran tempatan
seperti ingin memotongku, selaku pemandu yang berhemah aku membenarkan kenderaan tersebut untuk memotong dengan bergerak ke kiri sedikit.
tetapi yang tidak enaknya adalah, aku disembur dan ditembak dengan deruan air yang sangat cukup
untuk membasahkan diriku.
tersenyum seketika aku di atas motorku.
selepas itu baru lah )(*&^%$#@!@#$%^
agak-agaklah nak bawak laju pown kan..tengoklah jalan tu ada lopak air ke tidak, ade pengguna jalan raya yang lain ke tidak.
mentang-mentang la dia besar..tak nampak la penunggang motorsikal yang hina ini.
tidak mengapa, semoga pemandu itu tidak mengulangi kesilapan itu di lain masa.
sekian.


image : google.


pesanan penaja : kisah benar yang berlaku kepada penulis, mengakibatkan penulis hampir mengalami hipotermia.hahaha.

Friday, March 11, 2011

14 JUMAAT + BE ke-36...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini bakal ditugaskan untuk menjadi The Transporter dan menjadi The Guardian untuk semalaman.
sungguh besar tanggungjawab itu. amat sukar untuk dipikul, apakan daya, harus ku tolong jua.
diharapkan tiada apa-apa yang berlaku. 
pada hari jumaat yang mulia ini, aku telah menerima satu lagi BE punye campaign, sangat bersyukur.
ini adalah kali ke-36 aku menerima BE campaign dari nuffnang.
akan tetapi, pada musim sekarang ini, idea aku untuk menconteng di editor Blogger sangat lah kurang.
semakin tiada isi penting yang berlegar di ruang minda aku ini.
aku pun tidak mengetahui punca sebenar kejadian ini.
mungkin aku harus berjumpa dengan doktor pakar untuk membongkar misteri ini
ataupun haruskah aku berjumpa dengan Pak Salam Erwin Joko Anuar.??
tiada siapa yang tahu..
sekian.


pesanan penaja : pandu cermat, jiwa selamat.

Thursday, March 10, 2011

22 i'm in love with a girl...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


setalah menontoni movie Sini Ada Hantu.
melayani pula lagu Gavin Degraw-I'm in love with a girl.


chorus lagu ni..
I'm in love with a girl who knows me better, 
Fell for the woman just when I met her, 
Took my sweet time when i was bitter, 
Someone understands, 
And she knows how to treat a fella right, 
Give me that feeling every night, 
Wants to make love when i wanna fight, 
Now someone understand me, 
I'm in love with a girl(I'm in love with) 
I'm in love with a girl(I'm in love with) 



masih belum memutuskan modus operandi untuk kontest kedua ini.
tetapi hadiah nya sudah ditempah, cuma bayaran belum dibuat.
oleh hal yang demikian, nantikan sahaja kontest kedua dari mamat hijau yang kacak ini..


pesanan penaja : mau layan lagu ini sampai pitam.

Monday, March 7, 2011

24 MU walk alone...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.






















angkat tangan sape fans MU..??
rasenye ramai kowt fans MU ni, tapi aku bukan salah seorang peminat MU.
harap maaf.
tiada apa yang ingin dikatakan selain kegembiraan yang tidak terhingga apabila
Liverpool menumpaskan Manchester United, 3-1 semalam.
Suarez memang terbaik....
sangat gembira dengan keputusan tersebut.
anda gembira atau tidak.?
jangan marah ha..menang kalah, adat permainan..


pesanan penaja : glory..glory...Liverpool.[aku pown bukan fans Liverpool, tapi game semalam aku sokong The Reds]

Sunday, March 6, 2011

42 MY FIRST NUFFNANG CHEQUE + BE...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


tidak ingin celoteh panjang.
terima kasih kepada semua pengunjung blog picisan ini di atas jasa dan budi baik kalian.
















hari ini cek yang dinantikan telah tiba dan telah selamat di deposit kan.
untuk menambahkan lagi kegembiraan itu aku menerima Buffered Earning yang ke-35.
Syukur.


terima kasih sekali lagi kepada semua rakan-rakan blogger.


pesanan penaja : tidak sempat jabat.

Wednesday, March 2, 2011

22 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BERFACEBOOK DI PAGI HARI...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


semasa sedang menatap skrin laptop di pagi hari tadi,
tercetus idea sengal untuk menukilkan entry ini.
ada sesiapa yang mengetahui KEBAIKAN DAN  KEBURUKAN BERFACEBOOK DI PAGI HARI...
PAGI di sini boleh diterjemahkan pada pukul 6,7,8...
meh nak habaq KEBAIKAN DAN KEBURUKAN nya.




















KEBAIKAN :
orang akan tahu yang anda ni seorang yang senang bangun pagi, jadi bile tengok je korang on9
mereka mesti cakap, bagus budak ni, pagi-pagi lagi dah bangun. murah rezeki...


KEBURUKAN : 
apabila anda on9 facebook di pagi hari, orang akan mengatakan anda ni seorang hantu facebook.
sebab pagi-pagi lagi dah on9 facebook..jangan marah ha..


itu saja tazkirah buat pagi ini.
walaubagaimanapun, si pencerita di atas adalah sama sahaja.
pagi-pagi lagi sudah menatap facebook..hahahahaha..


pesanan penaja : win-win..

Tuesday, March 1, 2011

13 HARI INI DAH MASUK MAC...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


aku tidak mengetahui punca aku melupai yang bulan feb hanya setakat 28hb sahaja.




















pesanan penaja : mac datang, februari pergi..