Monday, February 28, 2011

13 PENGALAMAN DATANG LEWAT KE SEKOLAH...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.






ketika sedang menghala untuk ke opis tadi, ternampak 2 orang pelajar sekolah menengah
yang sedang menunggu bas / teksi untuk ke sekolah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8++.
teringat pulak masa aku sekolah menengah dulu.
dalam seminggu, 1 hari je aku sampai awal. itupun nasib baik ade jugak datang awal.
kalau tidak, 5 hari berturut-turut datang lewat.
tapi apa boleh buat, bukan aku yang sengaja datang lewat.
aku masa sekolah menengah kat SIC tu boleh diibaratkan sebagai ejen perisik la.
macam-macam nama aku ada.
aku pun sudah lupa nama-nama yang pernah aku gunakan kerana terlampau banyak.
setiap 1/2 hari nama ku akan bertukar mengikut situasi, sebab pelajar yang datang lewat 3 kali akan dikenakan hukuman kalau tidak silap aku. sungguhpun begitu, pengawas lagi tegas dari guru disiplin.
ini kerana, guru disiplin selalu melepaskan aku meskipun aku datang lewat.
tidak seperti pengawas yang setia menjalankan tugas mereka.
kalau setakat pagar sekolah tu da banyak kali aku panjat, pak guard senyom kambing je..
banyak jugak la pengalaman kat sekolah ni, penampar cikgu pon da penah kene.
rotan je belom pernah menyinggah ke ***** ku.


sangat merindui zaman persekolahan.


image credits to : raykinzoku.fotopages.com


pesanan penaja : datanglah awal ke sekolah.

Sunday, February 27, 2011

15 PENGALAMAN BERSAMA PERIGI...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.






sudah lama jari-jemari ku tidak menghentam-hentam papan kekunci ini untuk mengemaskini blog.
biasalah, hari-hari minggu memang cuti terus untuk blogging nih.
okes, berbalik kepada tajuk entry kali ini..
masa aku kecik-kecik dan comel-comel dan kacak-kacak dan hensem-hensem dulu.
aku tinggal bersama arwah atuk dan nenek ku di rumah mereka.
disebabkan mereka orang lama, jadi mereka lebih gemar menggunakan air perigi sebelum
digantikan dengan air paip.
oleh hal yang demikian, di bilik air terdapat satu perigi yang sangat dalam.
MySpace
entah berapa la kedalamannya, tapi kalau tidak silap perkiraan aku, akak ku yang sulung pernah terjatuh ke
dalam perigi tersebut..kalau tidak silap lah.aku ingat-ingat lupa.
yang nak diceritakan di sini, setiap pagi untuk ke sekolah, masa sekolah rendah dulu.
aku mandi menggunakan air perigi tersebut.
dia punye sejukkkkk, adooooii..tidak tergambar dengan gambar, tidak terucap dengan kata-kata.
tersangat-sangatlah sejuk..jadi tidak hairanlah kenapa orang lama-lama sihat-sihat, gagah semuanya.
disebabkan kesejukan yang melampau, aku hanya mandi beberapa simbahan sahaja..hahahaha..
sejukkkkkk seyhh...tubuh badanku tidak mampu menahan kesejukan tersebut.
MySpace
tapi bila diingatkan kembali, best jugak mandi air perigi ni.sebab nak mandi tu kita kene amik air tu dulu guna timba.besttt..
so, kalian pernah mandi air perigi..??


pesanan penaja : pengalaman mengeksplorasi 6 kedai 7-11 untuk mencari Butterscotch tidak dapat ku lupakan

Wednesday, February 23, 2011

15 CONDITION ZERO...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


apa khabar rakan-rakan..?
harap maaf kerana tidak dapat menerjah blog rakan-rakan kerana kesibukan yang tidak terlampau.
pada detik dan ketika ini, tulang-temulang, otot-otot, saraf-saraf, hati, jantung, otak, peparu, organ pernafasan, pencernaan, dan seluruh sistem di dalam tubuhkan sedang mengerah keringat untuk meyiapkan final year project aku yakni Sistem e-Aduan..berdasarkan pengalaman lampau, aku tidak lagi ingin menyiapkan projek ini pada detik-detik terakhir kerana projek ini bakal menentukan Lulus/Gagal untuk semester akhir ini.
walaubagaimanapun, aku sudah memperolehi sedikit idea dan gambaran untuk sistem ini.
meh nak tunjuk dia punye spy shot..hahahaha..







boss dah bagi KiSS,(keep it smart n simple).
itu yang mungkin sedang aku lakukan.
sebelum aku lupa, kemungkinan besar aku akan menganjurkan 1 lagi kontest tidak lama lagi.
untuk menghargai kalian semua sehinggakan aku bisa mengcashout kan earning kat nuffnang itu hari.
mungkin kontest yang senang-senang je kowt..
ada sapa-sapa ingin join kah..??
MySpace


pesanan penaja : gunung daik bercabang tiga, hari ini kalau main raket best juga.

Monday, February 21, 2011

20 KISAH KU DI BILIK AIR...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


baru sudah menonton movie The Mechanic yang aku bagitawu semalam.
sangat best itu movie, aksi bunuh-membunuh.
aku rasakan, mamat Transporter tu memang berlakon citer-citer cam tu je.
name pown dah hampir sama, The Transporter, The Mechanic..
nanti keluar yang The Engineer, The Architect pulak kowt.






okes, berbalik kepada kisah aku di bilik air malam tadi.
tepat jam 2105:15 malam semalam, kaki kiri dan kanan ku melangkah masuk ke bilik air secara berirama.
pintu dikunci untuk mengelak ancaman yang tidak di inginkan semasa menunaikan hajat di dalam.
tatkala tangan ku melambai untuk membuka paip air, bebola mata ku tertumpu ke lubang air keluar dan
ternampak 1 makhluk yang berbelang.
disebabkan oleh kejutan adrenalin yang kuat, aku berjaya mengapungkan diri ku ke belakang untuk beberapa saat yakni melompat terkejut.
hati ku memberanikan mata ku untuk melihat secara lebih dekat kepada makhluk itu.
akan tetapi masih belum dikenal pasti spesis apakah itu.
setelah berfikir seketika, aku memutuskan untuk mengambil spray pencuci tandas jenama encik otot.
lalu ku spraykan ke arah makhluk tersebut.
oleh kerana daya geseran yang sedikit, mengakibatkan makhluk itu tergelincir jatuh ke dalam saluran tersebut.
pada ketika itu juga, aku telah berjaya menyelesaikan misteri makhluk tersebut.
makhluk tersebut adalah dari jenis achatina fulica atau lebih dikenali sebagai SIPUT BABI.
haha..kecian kat siput tu..aku ingatkan ular ke ape ke..
mintakk maap cik siput.


pesanan penaja : aku sangat berani, kadang-kadang.

Sunday, February 20, 2011

13 THE MECHANIC...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.




sekejap lagi bakal melayan filem The Mechanic.
movie baru kowt..entahla, aku saje muat turun, sebab hero dia mamat transporter.
Jason Statham. aku belum tengok lagi movie ni, saje update blog sambil tunggu 
abes download..nak review lebih-lebih pown tidak boleh sebab xtawu lagi best ke x.
tapi tengok dari gambar di atas nampak macam best je.
action-pack macam tuh..
tinggal beberapa minit lagi sebelum cerita ini selesai dimuat turun.
kata-kata akhir dari aku, is nothing..hahaha.

image : google.

pesanan penaja : aktiviti memuat-turun memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan skil-skil tertentu.

Saturday, February 19, 2011

13 KAKAK IPARKU MASUK WANITA HARI INI...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


mula-mula ingin menanyakan 1 soalan, sape tengok wanita hari ini semalam..??
nak dikhususkan antara 1245 - 1300..
angkat tangan cepat....
haha..aku pown bukan tengok WHI ni, tetapi semalam tatkala sedang menolong
ibu saudaraku membikin kuih, beliau telah menginpomkan kepadaku mengenai kakak iparku akan ke udara secara langsung dalam wanita hari ini.
masa berdetik dengan begitu pantas, semasa jam menunjukkan pukul 12, kami telah bertenggek
di hadapan peti televisyen. saat yang dinantikan telah tiba.
ternyata kak shaja lebih tinggi daripada 2 orang hos tersebut.haha.














lupe nak dikenalkan nama kakak iparku ini ialah SHAJARATUL DUR BT. ISMAIL
beliau buat bisnes pasal gubahan, ape lagi ea..entah..yang berkaitan dengan pengantin pown boleh.
sangat2 kreatif.ingin tahu lebih lanjut masuk SINI
berbalik kepada siaran langsung tersebut, kak shaja telah menunjukkan demo untuk gubahan bunga telur menggunakan songket dan bikin doorgift..
sangat-sangat teruja apabila melihat orang yang sangat kita kenali masuk tv.
aku cuba untuk memiskol kak shaja, mungkin dye buat silent kot, sebab tu la xbunyi dalam tv tu..
hahahaha.
oleh hal yang demikian, kepada sesiapa yang nak kahwin, atau nak order apa-apa yang berkaitan dengan gubahan ni sila rujuk SINI ok?
sekian.


pesanan penaja : lambat nye aku nak kahwin.

Thursday, February 17, 2011

29 GELAGAT HAMSTERS KU TIDO...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


kali ini aku nak share 1 video yang menunjukkan gelagat hamsters aku tido.
sangat comel dan sangat menggoda aku untuk mengacau mereka.
sebelum melihat video ini, anda dinasihatkan untuk memastikan internet connection pada keadaan yang terbaik.
baru la best tengok.hoho..
maybe mase awal2 video ni blur cket, sebab ade masalah teknikal dengan converting vid nih.




harap maaf dengan bunyi kereta f1 dan moto 500cc tu sebab umah aku sebelah litar sepang.
sangat comel bukan..?
sekarang sudah pindah rumah, rumah yang itu hari sudah diberikan kepada jiran ku yang baru memiliki hamsters jugak. tapi dia punyer spesis yang manja sikit.bukan macam aku punye, tidak manja.
tapi tidak mengapa, sebab kamu semua sungguh kacak.


pesanan penaja : video recording dgn eton 5 ni sangat best.

27 BUFFERED EARNING YANG KE-34...AKHIRNYA

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini pagi-pagi lagi aku telah membangunkan diriku untuk meastikan apa
yang telah ku lihat seharian semalam pada blog ini adalah BE punye campaign.
ternyata ianya benar..bersyukur sangat, terima kasih nuffnang..
setelah sekian lama blog ini mengalami musim kemarau BE, akhirnya dapat jugak BE
walaupun seketul, membolehkan hati kecilku tersenyum sendiri.
aku rase mesti bloggers lain pon ade dapat jugak BE ni, sebab aku tengok banyak blog yang
tertampal ads nih.


moh kite lihat BE yang ke-34 ini.




picit-picit untuk tumbesaran sihat


oleh hal yang demikian, hari ini dan seterusnya aku akan melipat gandakan usaha ku untuk meningkatkan
traffik sebaik mungkin.
terima kasih semua pengunjung blog ini.


pesanan penaja : mau cari bekalan untuk hamsters.

Wednesday, February 16, 2011

18 [FLASHBACK] ENTRY PALING SENGAL PERNAH AKU POST

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


tadi nak upload 1 video dalam post tapi terpaksa disimpan dahulu kerana terdapat beberapa masalah
teknikal yang tidak dapat dielakkan.
sebelum kaki ku melangkah keluar daripada pejabat ini, jari-jemari ku telah meronta-ronta kepada otakku supaya mengarang 1 post untuk mengenang kembali entry yang paling sengal pernah aku post.
kalau yang dah pernah bace tu tidak salah untuk bace kembali..
tapi bukan sedikit entry aku yang sengal, rase nye semua sengal kowt.
tapi kali ini aku senarai pendekkan beberapa post yang paling sengal berkenaan.

1.TIPS UNTUK KURANGKAN TRAFFIK


2.KELEBIHAN MENGIKAT HANDPHONE DENGAN GETAH

3.kenape kah blackboard dipanggil begitu??

4.TOP 5 BAPAK AYAM MALAYSIA.





kesengalan itu perlu bukan dalam blogging ni.


pesanan penaja : roti boy + air soya = rm3 + kenyang perut + suka hati.

33 BLOG KU BERUSIA 2 TAHUN INI HARI...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini bertepatan dengan 16 februari 2011, maka genaplah umur blog picisan ini 2 tahun.
waah..baru 2 tahun, ingat kan dah besar, kecik lagi rupanya blog ini.
masih kanak-kanak lagi.hahahah..
walaubagaimanapun, kamu tetap di hati aduhai blog yang tersayang.
nanti kamu da dewasa aku carikkan pasangan, blog pown boleh kawin ape..hahahaha.
bersempena 16 februari ini juga, cukuplah sebulan aku klik butang puaka nuffnang yakni cashout.
sekarang sudah boleh menghitung hari untuk menunggu cik posmen tiba.
terima kasih kepada rakan-rakan, bloggers, dan pihak-pihak yang sudi menolong dan memberi pendapat
di samping kunjungan dan kritikan membina anda semua menyebabkan blog ini kekal sehingga hari ini.


famous last words : semua sayang aku..tersilap, aku sayang semua.. 


pesanan penaja : tengah pikir nak beli kereta apa..

Monday, February 14, 2011

28 CONCEPT CAR 2020...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini, entry ku akan berkisarkan mengenai sebuah concept car yang sedang dibangunkan sekarang ini di sebuah lokasi yang terpencil di negara ini.
model yang dibangunkan ini akan memenuhi tuntutan pengguna terutama pemandu kereta.
kereta konsep ini telah memenuhi ciri-ciri yang sangat penting dan diperlukan oleh seseorang pemandu kereta, yakni segala specs yang tidak perlu telah dibuang serta merta.
ayuh kita melihat illustrasi pelukis di bawah.








sangat indah bukan kereta ini, sungguh mesra alam.
izinkan saya menceritakan spesifikasinya :


1. cermin pandang sisi dibuang : ini kerana, kebanyakan pemandu kita tidak menggunakan cermin ini ketika memandu, mereka merasakan cermin ini menggangu pandangan mereka dan mencacatkan reka bentuk sesebuah kereta itu. tambahan lagi, mereka lebih gemar untuk membelok secara sesuka hati tanpa mengambil kira pengguna jalan raya yang lain yang turut menggunakan jalan tersebut.


2. lampu signal, turut dibuang : seperti cermin pandang sisi juga, lampu signal ini tidak memberi banyak manfaat kepada sesetengah pemandu. atau mungkin juga si pemandu kedekut untuk memberi isyarat untuk membelok dan sebagainya, dan mungkin juga si pemandu trauma kerana pernah tertukar suis[aku tak tahu batang tu owang panggil ape] untuk wiper dan lampu signal menyebabkan mereka takut untuk memberi signal.


spesifikasi yang lain tidak banyak yang berubah daripada kereta yang sedia ada pada zaman sekarang ini.


pesanan penaja : hati-hati di jalan raya, kelajuan boleh membunuh, begitu juga kecuaian anda.

Sunday, February 13, 2011

21 MAJLIS MAKAN-MAKAN BERSAMA BOSS DAN GENG OTAI IT...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


tidak ingin memanjang sesi introduksi pada entri ini.
pada hari khamis yang lepas, kami yakni pelajar-pelajar latihan praktik telah merasa dengan riang gembira
akan kerana boss telah mengadakan majlis makan-makan yang turut disertai oleh geng otai IT yang berhampiran dengan markas kami.
apakah yang menyebabkan mereka digelar geng otai IT, ini kerana disebabkan pengetahuan mereka yang 
sangat mendalam mengenai IT, selalunye orang cakap dari A-Z, sekarang kita tukar sikit, jadi B-A.
majlis makan-makan tersebut diadakan di pizza hot.
ayuh kita melihat beberapa kepingan gambar yang telah disnap oleh Boss dan rakannya yang telah ku lupa nama beliau.


just picit-picit untuk tumbesaran ye.










pesanan penaja : adikku tiba di kampung ini hari.

4 ‘Stylish Blogger Award'

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


kembali mengemaskini blog ini setelah mengambil cuti selama 2 hari.
hahahaha.jadi entry pertama untuk minggu kedua pada bulan dua ini,
ingin melangsaikan 1 award yang diterima dari zool.












1. Thank and link the person who gave this award ( Dalam bahasa Melayu, Terima dan link orang yang memberi anugerah ini). 
macam mane yea, sebab xkenal sangat zool ni, tapi rase macam pernah singgah blog dye dulu.
ingat-ingat lupe, maklumlah orang muda kan.haha..anyway thanks zool.


2. Share 8 things about myself ( Berkongsi 8 hal tentang diri sendiri)

  • tiada yang menarik.
  • average.
  • blogger yang biasa-biasa shj.
  • masih mencari calon isteri (4orang)
  • tidak merokok.
  • sangat pemalas.
  • blurr.
  • nerd.
3. Pay it forward to 8 bloggers whom I have recently discovered – Majukan untuk 8 blogger yang saya baru-baru ini ditemui
yang ni kuwang rajin cket..hahaha..nak mengetag orang nih..hm..macam biase la ye..
sape yang rajin tu, amik la sebab award dye cun. :D

4. Contact those bloggers and tell them about their awards (Hubungi mereka dan beritahu mereka tentang anugerah mereka)
dah bagitawu kot kat atas tu. jangan marah ha...





pesanan penaja : blurry.

Thursday, February 10, 2011

30 BLOG CUTI HARI INI...

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini dimaklumkan bahawa blog ini cuti peristiwa.
ini kerana, tuan punya blog akan melakukan aktiviti muat turun movies sampai tidak boleh muat sudah.
hahahaha.
tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan Hong Kong pada perlawanan persahabatan
semalam, semua pemain bermain dengan baik termasuklah pemain pertahanan yang agak menonjol semalam, Asraruddin Putra Omar dan yang lain-lain.
jadi itu sahaja makluman yang ingin disampaikan, aktiviti terjah-menerjah akan disambung semula
sekembalinya aku dari aktiviti memuat turun.
terima kasih.


pesanan penaja : "when u tried ur best but failed, stop trying"..
MySpace

Wednesday, February 9, 2011

32 special entry : Gempakz Siot [dot] Com

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


hari ini merupakan 9 februari 2011, ingin meneruskan juga usahaku untuk mengarang 1 post
untuk setiap hari.
oleh hal yang demikian hari ini, aku ingin menceritakan perihal 1 blog yang kemungkinan besar
kamu sekalian sudah kenal sebab blogger ni otai seyh..



pemilik blog : anip.
nama blog : Gempakz Siot[dot] com.
platform : wordpress.
bilangan follower[setakat ini] : 910.
















ha..tu introduction sahaja, aku amat meminati design blog beliau yang sangat ringkas akan tetapi
cukup memenuhi fungsi-fungsi yang diperlukan oleh visitornya.nak load blog beliau pown xde amik mase yang lame, kejap je.
dulu beliau pakai URL : gempakzsiot.blogspot.com, sekarang da tukar domain sendiri gempakzsiot.com
meskipun seorang blogger yang cukup dikenali ramai, si anip ni tetap sudi datang ke blog picisan seperti aku nih..hampir setiap entry aku die datang kasik kutukan komen. sungguh mengujakan aku.
disebabkan oleh keaktifan beliau itu, mengakibatkan beliau tersenarai dalam senarai "mereka yang aktif" di blog aku ini, tapi masih belum mampu untuk mengatasi pendahulu yang jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya.






selain itu, apa yang meningkatkan semangatku untuk menyinggah ke blog beliau dan memberi komentar adalah
kerana ingin mengekalkan carta di bawah..disebabkan followers nye yang ramai, agak sukar untuk me-maintainkan senarai itu.hahaha.




















terima kasih ANIP di atas segala kesudian kamu untuk menyinggah di blog ini, jasamu sangat dikenang..hahaha.


pesanan penaja : widget top commentators sangat penting bagi satu-satu blog.

Tuesday, February 8, 2011

29 8 FEBRUARI 2011

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


mood : semakin pulih dari tekanan jiwa, sedang melayan lagu keane-somewhere only we know.
hari ini tulang-temulang jari ku merasa sedikit gatal untuk menghentam papan kekunci tetapi
otak kiri dan kanan tidak mahu bekerjasama untuk menghasilkan isi-isi penting untuk dinukilkan dalam
post kali ini. oleh hal yang demikian, hati kecilku telah berbicara untuk menyiarkan beberapa kepingan gambar
yang mungkin belum pernah ku siarkan di blog ini.kalo dah tersiar tu harap maaf ye.








entry ini hari tiada motif, harap maklum.


pesanan penaja : "students are not cheaters, we often enjoy having the same answers."

Monday, February 7, 2011

32 ADIKKU SELAMAT TIBA DI JEDDAH...

salam.
selamat sejahtera.


hari ini 7 februari 2010.
tiada apa-apa yang menarik berlaku pada rutin harianku.
tatkala aku sedang mempersiapkan diri ku untuk ke tempat kerja.
telefon genggam ku bergetar a.k.a vibrate,[hp aku memang 24/7 silent].
getaran itu berlaku 2 kali yang menandakan aku menerima 1 mesej yang baru.
tanpa tidak berlengah lagi, tulang dan ototku bekerjasama untuk menggenggam telefon itu.
terpampang 1 mesej baru daripada ayahanda ku tercinta.
terus ku baca mesej itu yang tertulis...


"Salam, Mad dah selamat sampai ke Jeddah semalam"


hatiku kegirangan seketika dan mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa.
lepas nih, aku xtawu laa ke mane destinasi adik ku tercinta nih,
aku sayang die walaupun mase kecik-kecik dulu selalu wrestling same-same.
kalo dye balik malaysia kang, aku nak tanya pasal calon isteri aku tu.
kalo xde yang kat malaysia ni, aku nak suruh dye cari 4 orang arab.hahahahaha.


pesanan penaja : sangat gembira.
MySpace

Saturday, February 5, 2011

26 LIKE BANYAK-BANYAK...

salam.
selamat sejahtera.


hari ini hatiku sungguh girang sekali, hamster-hamster pun turut bergembira.
apa tidaknya aku telah bertemu SOPHIE DEVERAUX yang tinggal kat malaysia.
biarpun empunya badan mengatakan tidak serupa.haha.
mau tau siapa SOPHIE DEVERAUX Malaya ini..?





klik link ini.
haha..rase macam dah pernah terjah blog ni, tapi memori ku low sedikit.
ingat-ingat lupa..tidak mengapa, aku ingin menyeru kepada rakan-rakan yang singgah di blog ini dan
sedang membaca nukilan ini supaya melakukan perkara yang berikut..


1. LIKE THIS PAGE.
2. LIKE THIS PICTURE.


ha..tu je..kasik tawu kat rakan-rakan, jiran, orang kampung, sedare mare, cikgu sekola, lecturer, pak guard,.semua-semua la yang kamu kenal.
tolong-menolong amalan mulia.
kita kene tolong cik adik ni menang, sebab dye macam SOPHIE DEVERAUX,
dan SOPHIE DEVERAUX ni pulak kekasih gelapku dalam LEVERAGE.
hahahaha.


takde lah, aku ikhlas ingin menolong cik norfa hannah ni.
status dye aku belum kenal pasti, mungkin dah berpunya kowt..tapi kalo kosong,
besok jugak aku anta rombongan kahwin.hahaha.


pesanan penaja : tolong like ye kawan-kawan, nanti aku belanje air kosong gelas besar.

28 THE HAMSTER BULLY...

salam.
selamat sejahtera.


Roborovski...
tawu tidak apa tu..??
tu la name saintifik bagi hamster aku nih, aku pown baru taw gak.
ade sowang blogger kasik tawu. name die atie,
die nih kire otai la dalam bab hamster nih, kalo ade election untuk Persatuan Pemilik Hamster Semalaysia,
aku vote dye jadik presiden.hahahaha..
macam-macam dye kasik kat aku petua ari tu.
jadik untuk membalas budi baik cik atie nih..
aku telah meminta pertolongan hamster2 ku untuk kasik pose yang menarik cket kat cik atie
layaannn...











pesanan penaja : sungguh-sungguh comel..

Thursday, February 3, 2011

20 TANGISAN SEKEPING HATI...

salam.
selamat sejahtera.


mood : tenang seketika, sambil melayan lagu alleycats.


Awan berarak berguguran hujan
Menangis sekeping hati
Niur melambai memanggil namaku

hadir hati ke pusaramu

Setiap titisan
Air mata ku jatuh ke bumi
Rindu ku kembali
Wajah mu di mata ku

Pada siapa kan ku beri hati ini
Setelah aku bersendiri
Telah ku cuba mencari pengganti
Tapi ternyata tak terdaya



Setiap titisan
Air mata ku jatuh ke bumi
Rindu ku kembali





Setiap titisan
Air mata ku jatuh ke bumi
Rindu ku kembali

Setiap titisan
Air mata ku jatuh ke bumi
Rindu ku kembali
wajahmu di mataku...


pesanan penaja : patah tumbuh, hilang...
MySpace

Wednesday, February 2, 2011

23 AKU ADA KAT KBMALL, SAPE NAK JUMPE AKU...

salam.
selamat sejahtera.














haha..tajuk entry paling sengal untuk tahun ini, bajet aku ni popular macam bloggers otai la kan.
tidak mengapa, semalam entah macam mana aku boleh tidak mengetahui kedatangan BEN ASHAARI ke
kbmall nih..adess tensen pulak aku..mane nak datang peluang jumpe bloggers otai nih.
selalu ade gath kat ibu kota je, sekali abang BEN ni turun kb, amik ko..
t'lepas sudah..tidak mengapalah, lain kali mungkin ada peluang lagi..
kepada sesiapa yang pergi gath tu sila la update or share link kat entry ni.
aku kepingin melihat gambar-gambar mini gath tersebut.


aku ade kat kbmall sampai pukul 5, ari ahad-khamis.
sape nak jumpe sile inform cepat..hahahaha..
berangan sikit dibolehkan..hahahaha


pesanan penaja : sangat rugi tidak dapat menyertai mini gath tersebut.

Tuesday, February 1, 2011

8 SADNESS AND SORROW...

salam.
selamat sejahtera.


mood : haru-biru + haru hijau..
layan sadness and sorrow..



pesanan penaja : tidak mengapa...
MySpace

28 HAMSTER LAGI...

salam.
selamat sejahtera.


hari ini 1 februari 2011, sudah memasuki purnama kedua bagi tahun ini.
sungguh pantas masa berlalu, tidur makan main tidur minum main, sudah abis januari.


kami ada hamster, hamster kami ada 3 ekor.
nama hamster kami *****,*****,******.
2 jejaka, 1 jejaki.
hamster ini kami beli sebulan yang lepas, tapi sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda
kemesraan berputik di antara jejaka dan jejaki ini.
mungkinkah meletakkan mereka di bawah 1 bumbung mengakibatkan jejaka ini malu-malu untuk
mengorat si jejaki. tidak siapa yang tahu.
kalau berdasarkan logik akalnya, si jejaka ini seharusnya bersaing secara sihat untuk menarik hati si jejaki.
aku sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata hamster.haha..
kalau dah keluar baby nanty aku belikan banglow 15 tingkat siap dengan terowong smart lagi.


pose yang paling mereka gemari.


aku rase hamster aku ni adik-beradik la, sebab tu la mereka rapat je.tidur pown sekali.hahaha


haruskah aku mengasingkan mereka..?
nanti kesepian pulak yang sekor lagi tu..[keliru]
kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan mengenai hamster ini, boleh la berkongsi ya..
kami masih tidak cukup ilmu dalam jaga binatang yang teramat comel ini.


pesanan penaja : mane ade banglow 15 tingkat, 3 tingkat pown da cukup, tapi terowong smart tu ade.hahaha