Monday, January 31, 2011

14 AWOK KITE JANGANG PECOH...

salam.
selamat sejahtera.


sesungguhnya diri ini sangat merindui kampus dungun tercinta walaupun baru
sahaja meninggalkan kampus terbabit untuk beberapa ketika.
sangat merindui suasana tenang dan damai disana, rakan-rakan yang bermacam-ragam.
makanan yang best walaupun kadang-kadang mahal.
nasik goreng kampung extra..
nasik lemak ayam extra..
dan lain-lain lagi yang extra..
berikut merupakan 2 potret kelas yang sempat diambil bersama teman-teman pada semester lepas.

















sungguh merindui kalian semua,
semoga kite semua dapat bertemu lagi.
sesungguhnya kehidupan sebagai seorang pelajar sangat menyeronokkan meskipun
dipenuhi dengan berbagai cobaan.
pesanan penaja : awok kite jangang pecoh..steaddyy..

18 KEKASIH BARU KU...

salam.
selamat sejahtera.














apa khabar rakan-rakan.?
diharapkan sihat semuanya, hari ini aku ingin menceritakan perihal kekasih baru ku yang tersangatlah cun.
dan sungguh terserlah keayuannya tatkala dia mempersembahkan lagu-lagu yang sungguh menusuk jiwa nurani.
hahahaha..dia ni orang femes, korang pown semua mesti kenal.
kadangkala jadik orang bujang ni bosan gak, sebab tu la aku dah mintak tolong some of the bloggers carik kan aku calon isteri 4 orang teros..hahaha..terbaik punye plan kan.tapi masih tidak ada sebarang cadangan daripada mereka tersebut. aku terpaksa men-declarekan perhubungan aku dengan cik artis ini untuk mengelakkan sebarang konflikasi dan jadi gosip panas di Melodu..
mahu lihat cinta hati ku..?
ini dia...






semalam dapat gayut ngan die, besh..tapi cakap bahasa malaysia jer.hahahaha.
berangan boleh, tapi jangan selalu.


image taylor swift : google.


pesanan penaja : hamster sangat suka main, aku pun suka.

Sunday, January 30, 2011

30 FACEBOOK DEACTIVATED...

salam.
selamat sejahtera.


sedang enak menikmati jamuan ringan untuk tengah hari ini, terdetik hatiku untuk mengambil
1 keputusan yang bakal mengubah corak hidupku.
keputusan ini harus diambil segera kerana telah lama terpendam dalam lubuk hatiku ini.






pesanan penaja : harus diteliti secara lebih mendalam.

36 NUFFNANG KASI ANG-POW RM13.10

salam.
selamat sejahtera.


hari ini berpindah ke markas baru di opis setelah diubahsuai susun atur oleh boss a.k.a abg.joe.
rutin harian berjalan seperti biasa yakni, membuka laptop, connect kepada wifi yang available dan
seterusnya berada di atas talian.
tab pertama yang dibuka adalah gmail.com.
tab kedua nuffnang.com.
kita stop sampai tab kedua dahulu, seperti yang rakan-rakan sedia maklum, aku telah meng-cash-out kan income dari nuffnang ni 2 minggu lepas, itu tidak menjadi 1 kepelikan.
tapi yang menjadi kemusykilan aku adalah, rajah yang berikut..


picit untuk tumbesaran.


dari mana datang agaknya rm13.10 ni, nak kata datang dari campaigns yang biase tu mustahil la kan,
sebab nuffnang update dye punye sistem ni setiap isnin, lagipun xdek pown dalam senarai campaigns tu.
rakan bloggers yang lain ade dapat ang-pow jugak kew?


mintak-mintak la nuffnang tak tarik balik duit tu..hahahaha..


pesanan penaja : single is better, perhaps.

Thursday, January 27, 2011

36 KESERONOKAN BERBASIKAL MELINTASI PERSIMPANGAN BERLAMPU ISYARAT

salam.
selamat sejahtera.


sudah lama tidak mengemaskini blog tercinta ini.
ingin mengambil kesempatan pada hari yang berbahagia ini untuk mengucapkan,
Selamat Hari Khamis.
agak panjang bukan tajuk post ku pada kali ini...??
hahahaha..ini disebabkan oleh keterujaan yang sangat melampau tatkala aku kecik-kecik dan hensem dulu.




















mesti kamu semua pernah naik basikal masa kecik-kecik dulu bukan..?
apa yang paling menyebabkan kamu teruja tatkala itu..?
hahaha...bagi aku, sudah semestinya bila nak lalu ikot lampu isyarat tuh..
hidung jangan cakap lah, turun naik, kembang kucup..
mana tidaknya, kita naik basikal, sebelah kita motorsikal, kereta, lori, trailer.
besar gedabak semua..jadi kita pown merase lah excited dengan bangganya.
tapi sekarang sudah biasa da, xde rase pape pown bila cross traffic light tu.
rase menyampah ade la sebab tunggu lame sangat..
tu pasal dapat lesen 'B' , untuk basikal.
ni pasal lintas jalan pulak, kalau dulu...
aku tidak dibenarkan melintas jalan untuk ke mana-mana tanpa bimbingan orang dewasa.
meskipun rumah member ku hanya bertentangan dengan rumahku.
jadi apabila dapat melintas sendirian buat kali pertama, mengakibatkan deruan adrenalin
dan seterusnya menyebakan aku berada seolah-olah di alam lain.
hahahahaha.sangat sengal aku di pagi khamis ini.
sekian..


pesanan penaja : hati-hati di jalan raya.

Sunday, January 23, 2011

61 TIDAK PERLU MALU UNTUK BLOGGING

salam.
selamat sejahtera.


apa khabar rakan-rakan sekalian, tatkala sudah memperolehi sambungan untuk internet
inilah masa yang sesuai untuk mengemaskini blog picisan ini.






sudah baca tajuk di atas kan.?
jadi tidak banyak yang perlu diceritakan sebenarnya, kalau nak blogging ni tidak perlu malu sangat.
malu itu perlu jugak, tapi dalam kuantiti yang memadai sahaja.
kita harus mengenepikan tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan,
"alah, bende macam tu pun nak post dalam blog, entah ape-ape je."
pemikiran seperti inilah yang harus kita sangkal, dan hiraukan sama sekali.
kerana kita menulis blog untuk menambahkan ilmu pengetahuan di samping mencari kenalan baru dari seluruh dunia yang sebelum ini tidak mampu untuk kita berkongsi idea dan bertukar pendapat.
blogging mampu menjadikan kita seorang yang lebih peka kepada suasana persekitaran kita.
ini kerana, dalam dunia yang serba canggih kini, segala urusan telah dilakukan secara atas talian dan
seterusnya menybebabkan penyebaran maklumat berlaku dengan sebegitu pantas.
jadi blog merupakan suatu medium untuk kita menambahkan ilmu yang sedia ada.


waduh2..aku pun tidak mengerti apa yang aku merepek pagi-pagi buta ini.
kesimpulannya, jangan malu untuk blogging, jangan hiraukan suara-suara negatif di sekeliling anda.
BLOGGING IS FUN.


pesanan penaja : perutku berkeroncong.

Friday, January 21, 2011

25 HAMSTER DAY OUT + MAMAT HIJAU SI SUPERHERO

salam.
selamat sejahtera.


amaran keras, post kali ini mungkin lagi banyak gambar dari celoteh.
hahaha..saje je kasi tawu, macam la xbiase aku buat macam tu kan.
hari ini aku telah membersihkan apartment hamster aku dan membersihkan persekitaran 
kondomium aku, tersangat lah penat walaupun hanya sekejap melakukan pekerjaan ini.
ayuh kita melayan beberapa kepingan gambar yang berjaya ditangkap oleh jurugambar yang sangat bertauliah.





perkakasan apartment hamster.
mamat hijau dengan mesin ciptaan david bloom.mamat hijau beraksi candid.

setelah siap potong rumput.


pesanan penaja : rumah bersih, keluarga kasih, penat dan letih.

Tuesday, January 18, 2011

48 BILA MANA IDEA DICURI DEPAN MATA + KEJUTAN

salam.
selamat sejahtera..


sungguh pilu hati ini bila mana idea yang dikerah dirembat orang,
manakan tidak robek hatiku tatkala segala spesifikasi telah dipenuhi, 
hasil peniru itu pula menjadi pilihan.parah jiwa ini..
tidak boleh mengulas panjang mengenai isu ini.harap maklum.


ingin lupakan tragedi tersebut, sesampai di rumah aku melihat peti surat penuh.
mungkin ada surat untuk bapaku.
alangkah terperanjatnya aku bila terselit satu sampul kecil yang tertera namaku.
berikut merupakan isi kandungan sampul tersebut.







huhu..hadiah daripada kak azlinamajid
terima kasih ye kak..hadiah ni aku dapat sebab tolong akak ni.
sangat gembira dan berterima kasih sekali lagi kepada kak azlina


pesanan penaja : aku ingatkan gajah ijau..hahaha..

Sunday, January 16, 2011

70 EARNING NUFFNANG SUDAH 0.00

salam.
selamat sejahtera.


pada tanggal 16 Januari 2011, mamat hijau telah menekan pautan puaka pada laman nuffnang.
setelah menekan pautan berkenaan, telah muncul satu jelmaan seperti berikut.














dan kemudiannya aku dikejutkan pula apabila semua wang simpananku telah dikosongkan sepertimana rajah di bawah.





hahaha..ekceli aku baru cashout tadi, pertama kali ni.
sangat-sangat teruja, earning xde la banyak sangat macam bloggers lain,
tapi kalau setakat nak bayar ansuran motor untuk sebulan tu sudah lebih la.
boleh belanje awek kepsi pulak lepas tu.
terima kasih kepada kamu semua yang sudi singgah di blog picisan ini ya.
sangat menyayangi kamu semua.


pesanan penaja : 30 days and counting....

Saturday, January 15, 2011

21 TAG DARI AKIN AMAR

salam.
selamat sejahtera.


hari ini tidak semena-mena aku tergerak untuk menjawab tag dari AKIN AMAR
salah seorang pembaca setia blog picisan ini.
setia kew...???
hahahaha...
okes...ini tag dari cik AKIN AMAR ni..



Full-name : Arief Hilmi Bin Jumodi
D-O-B : 12 Ogos 1990
Age : 20 tahun, teknikalnya sudah 21 tahun.
Married : tentulah, anak sudah ada 3.
Zodiac : Leo
Foot-size : kasut futsal 8.5, kasut opis 9, kasut majlis rasmi 8.5, selipar 8.
Weight : 55 mungkin..
Height : 171 cm, lagi tinggi dari Lin-Dan.
Nickname : arief, amad, imi, beckham, ronaldo, tom cruise, jack sparrow
High-school : Maktab Sultan Ismail, SMK.Seksyen 4 Bandar Kinrara, SMK.Kubang Kerian 1.
College/University : UiTM Dungun, Terenggganu.
last-thing-i've-just-did: kejotkan hamster jangan tidur petang..
my-room-condition: macam hotel xde bintang.

Take your own picture now and don't edit..
xleh, xde camera.gambar yang dulu-dulu je ade.





















ABOUT OTHERS
Name-of-your-bf/gf-right-now : appa, momo, ang.
Name-of-the-person-you-miss-the-most-right-now : null
Name-of- the-person-you-hate-the-most : null
Name-of-the-last-person-you've-hurt : null..kowt
Name-of-your-pet : appa, momo, ang.


ABOUT MY SELF
pernah korek hidung : tiap kali ada masa terluang.
pernah bergayut sampai tertidur : sudah menjadi kebiasaan, tetapi itu dahulu kala.
Pernah kentut dikhalayak ramai : pernah dan memang disengajakan.
Pernah tidur dalam kelas : pernah dan sempat di cover.
Pernah pukul orang : adik yang tersayang.
Pernah nangis depan gf/bf : pernah kuwt.
Pernah kena prank : pernah, hari lahir yang ke-20, walaupun dalam bulan puase.


FIRST TIME
Kena marah : main kejar-kejar dengan sedara-mare.
Duduk jauh dari family : UiTM Dungun, Terengganu.
Tengok wayang : Sunway Pyramid, citer kartun.
Ponteng kelas : banyak sangat.
Jatuh cinta : sejarah silam.
Accident : terseliuh main bola mase sekola rendah walaupun xpandai main.

sape-sape yang rajin nak buat tag ni, dipersilakan ye.

pesanan penaja : panjang jugak tag ni, ingatkan pendek je.

Wednesday, January 12, 2011

35 TRAFFIK DARI INNIT MEMANG TERBAIK...

salam.
selamat sejahtera.


12.1.2011, meneruskan latihan praktik di opis.
sangat menikmati latihan praktik ini, tidak ingin bercerita mengenai LP.
tetapi mengenai INNIT.
kalau dulu selalu lepak kat GENGBLOGGER je, sekarang lebih melekat di INNIT.
traffik dari INNIT ni memang terbaik kerana banyak bloggers yang tidak pernah mengenali
blog picisan mamat hijau ini bisa sampai di sini.
tapi kalau nak traffik yang lagi mantap, tajuk kene terbaik, strategi pemasaran pun kene terbaik jugak.
barulah melekat dekat FEATURED POST.
berikut merupakan beberapa kejayaan mamat hijau..hahahaha.
MySpace



picit untuk tumbesaran ye.


pesanan penaja : jangan kejar traffik sampai memakan diri.hati-hati di jalan raya.
MySpace

Monday, January 10, 2011

34 HAMSTER SUDAH SAMPAI...

salam.
selamat sejahtera.


sangat gembira tatkala ini kerana telah berjaya memperolehi hamster yang sangat comel.
3 ekor hamster yang masih belum didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara telah
selamat menduduki rumah teres yang disediakan oleh mamat hijau sebelum mampu berpindah ke banglo yang lebih mewah.
3 ekor hamster berkenaan masih belum diberikan nama kerana kesibukan yang tidak terlampau.
ayuh kita tengok aksi mereka di kediaman yang baru didiami untuk 2 hari.










pesanan penaja : sangat-sangat comel..

Friday, January 7, 2011

31 HEADER BARU UNTUK 2011...

salam.
selamat sejahtera.


setelah mengambil beberapa ketika header yang baru ini telah diluluskan
untuk diguna pakai.walaupun tidak cantik di mata kamu, tetapi tetap
berseri di mata mamat hijau ini.
diserikan dengan elemen-elemen yang ada pada header ini.
1. rumput menghijau.
2. gajah tetapi namanya harimau.
3. zirafah tetapi namanya kuda belang
4. panda besar tetapi namanya hamster
5. panda kecik tetapi namanya tikus mondok.
6. rama-rama tetapi namanya ayam.


ni header yang lama .






dan yang baru boleh lihat di atas, barula rase semangat nak blogging.


pesanan penaja : shin chan kat profil nuff aku ngan gajah kat atas ni same jer, suke tunjok b*nt*t

Thursday, January 6, 2011

27 KEYWORDS : BEST ROMEN AWEK ALIM

salam.
selamat sejahtera.


tajuk di atas sudah jelas menceritakan segalanya.
aku tidak mengetahu siapa pencari nya dan apa motif insan berkenaan mencari keyword tersebut.
lihat screenshot di bawah.








picit untuk tumbesaran.


sudah kehabisan idea untuk menggunankan search engine barangkali.


pesanan penaja : memikirkan motif insan berkenaan.

Wednesday, January 5, 2011

65 GRED URL BLOG ANDA, AKU DAPAT F JER

salam.
selamat sejahtera.


hari ini t'jumpe bende best..
site yang check url/domain blog kita pastu kasik gred, A,B, C, D...
klik SINI untuk check url kamu semua.


berikut adalah hasil yang aku dapat.










pesanan penaja : susah nak dapat A+.

Tuesday, January 4, 2011

33 APA YANG PALING PENTING DALAM BLOGGING

salam.
selamat sejahtera.


hari ini 4 Januari 2011, merupakan hari kedua aku menjalani latihan praktik.
pada hari ini aku bersama rakan-rakan praktikal telah didedahkan dengan Joomla.
sungguh seronok mendalami Joomla ini, kamu semua patut belajarnya.
MySpace


tapi aku tidak ingin menerangkan mengenai Joomla.
aku ingin menekankan kepada rakan-rakan di luar sana, apa yang paling penting dalam blogging ini.
hal ini sudah banyak ditekankan oleh bloggers yang lain.
apa yang paling penting dalam blogging bukanlah traffik yang memacak tinggi.
bukanlah bilangan followers yang berjuta-juta, akan tetapi yang paling penting ialah
setiap post yang dikarang oleh kita dinilai dan mendapat reaksi pembaca, walaupun komentar yang diberi
tidaklah sebanyak bloggers otai di luar sana tetapi itu memadai.
jikalau kita b'blogging sekadar untuk menambahkan bilangan followers sahaja, lebih baik main facebook.
blogging lah dengan seikhlas hati...
MySpace
tiada kene mengena dengan bloggers, masyarakat sekitar, jiran tetangga, JKK dll..


pesanan penaja : tibe-tibe aku buat post ini tanpa aku sedari.
MySpace

Sunday, January 2, 2011

38 LATIHAN PRAKTIK 2011

salam.
selamat sejahtera.






pesanan penaja : sangat tidak sabar menunggu hari esok.

Saturday, January 1, 2011

13 TAG DARI SUARALILY

salam.
selamat sejahtera.


first post untuk tahun 2011.
















1. adakah awak suda follow suaralily ???
    sudah.


2. azam 2011, mau 3...
 - nak kapel.
 - nak b'tunang.
 - nak kawin.


3. apakah awak akan still couple / akan couple dengan orang tuh 2011 nih?
    tidak memahami soalan..hahaha..[tinggal dulu, jawab kemudian]


4. apa perasaan awak tentang umur yang semakin TUA?
    bagus sekali.


5. tag beberapa orang bloggers yang dirasakan perlu.
    sape-sape yang tinggalkan komen kene buat tag ni, aissh..
    tidak boleh ini macam, kejam sangat ni.tukar2..
    sape-sape yang bace post ni kene buat ea..
    hahahaha..


pesanan penaja : 1.1.11