KAU BAJET ADE AWEK HOT

6:40:00 PM

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

ku gagahkan jari-jemari untuk mengarang 1 entri. pada malam semalam, kami dan rakan-rakan telah keluar rumah untuk menjamu selera di sebuah restoran berhampiran dengan pantai dekat sini. menu yang diorder adalah seperti biasa iaitu Nasi Goreng Kampung + Telur Mata [hidangan bajet]. Sungguhpun begitu, bukan itu yang ingin dikongsikan di sini.

bertempat di restoran tersebut juga, berlakunya 1 adegan yang agak kurang menyenangkan bagi mata ku yang terlampau sensitip mengenai hal-hal seperti ini. seorang lelaki, dan seorang wanita, pasangan yang sedang bercinta agaknya melakukan aksi-aksi panas yang tidak akan diceritakan di sini secara lebih lanjut. aku tidak akan sekali-sekali memarahi pasangan tersebut sekiranya mereka melakukan aksi tersebut di dalam belukar,tepi pantai, mahupun hotel-hotel bajet. tetapi yang menimbulkan kemarahan aku adalah, mereka tanpa segan silu bermanja di kedai makan yang langsung memotong selera makan ku. demmmm betoll.


ini merupakan kali kedua aku terserempak dengan pasangan tersebut. rasa macam mahu smackdown sahaja lelaki tersebut, hang ingat awek hang hot sangat ka apa wei.. budus betulll. oleh hal yang demikian, kita sewajarnya mengambil endah perasaan orang lain sebelum melakukan sesuatu perkara kerana kita hidup bermasyarakat. diharapkan pasangan terbabit tidak mengulangi kesilapan mereka ini. kalau tidak memang akan aku sendiri akan bagi mereka kenal apa itu erti penyeselan.


pesanan penaja : harap maaf, entri sedikit mengarut, tetapi percayalah ini merupakan kisah benar. 

You Might Also Like

19 kutukan membina...

  1. huhu~ xshenonoh betol.. tapi memang itu hakikat remaja skrang.. pnah jgak terserempak dgn situasi cmni.. hmm mcm2 la kn.. ish2.. hrap kte smua xtergolong dlm speshis org2 cmni .. ^^

    ReplyDelete
  2. ada otak , tapi xguna betul2..
    mcm tuh lah jadi..
    waras saja , tapi akal buang kt mana ntah..

    ReplyDelete
  3. cart kartika : erm2.. harap2 nye begitulah.
    :D

    liely | alia : haha..xde otak kowt..
    :D

    ReplyDelete
  4. sugar2 kapas strawberry : betul tuu. hahaha.
    :D

    ReplyDelete
  5. hot sangat ker? tak sedar ke kat SANA lagi hot? nak rasa kowt!!

    eh, depa dah kawen kot.....
    *berprasangka baik*

    ReplyDelete
  6. Ish tak malu betul ek diorang tuh..tak beragak namanya tuh

    ReplyDelete
  7. saya lelaki tue...
    maaf kan saya abam.
    kami masih baru sila beri tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  8. cikpia : haha.betul tu cikpia.. mungkin la, tapi kalau dah kawin pon, xpatutla buat macam tu. hahaha..

    kizz : xtaw kat mane la dowang punye sivik..

    jack benton : demmmmyuuuuuu safit qwerty. hahah

    ReplyDelete
  9. dunia nak kiamat doh ni...

    aritu nampak pasangan kapel bergaduh..si lelaki dia hentam kepala gf dia dgn helmet..sib baik gf dia pakai helmet jugak..apa ke mabuk gaduh tepi bus stand...rasa nak hon je masa tu dlm kete...

    ReplyDelete
  10. oh agak kurang ajar mereka tu.

    ReplyDelete
  11. alaaa.
    kalau chemay kann.
    chemay ajak kawan2 chemay semua pandang diaorang lama2.
    sampai diorang maluu.
    nanti diorang pergi la dari situu.
    hehe
    :P

    ReplyDelete
  12. Memang sakit hati bila
    jumpa orang-orang yang tak tahu
    menghormati orang awam macam tu ;(

    ReplyDelete
  13. cerita ni macam pernah maen....haha

    ReplyDelete
  14. asha : tu main kasar tu.. haha..

    kinn : sangat2 kurang ajar.
    :D

    mat le : malas nak sound. hahaha.

    chemay : haha..boleh jugak macam tu. pastu wat muke kan.
    ;p

    ahsfantasy24 : betul tu.. sangat2 sakit hati..

    xavi de : kisah benar bro.

    jazlan : trimas broo.
    :D

    ReplyDelete
  15. saper x sayang kan awek tp agak2 la kan

    ReplyDelete