MENGORAT DI DALAM BAS

3:41:00 PM

assalamualaikum.
selamat sejahtera.

cuaca hari ini sedikit panas daripada kebiasaan, oleh hal yang demikian saya ingin berkongsi pengalaman yang sedikit panas, tetapi tidak mengapa kerana tuan punya badan mungkin tidak mengetahui kewujudan blog ini.
peristiwa ini berlaku semasa saya dalam perjalanan menaiki bas ke sekolah.

walaupun selalu lewat dan terpaksa memanjat pagar untuk masuk ke sekolah, bas tetap menjadi pilihan di hati sebagai transport ke sekolah. nak dijadikan cerita, ade seorang gadis yang telah saya lupa lokasi sekolah beliau telah cuba untuk berkenalan dengan saya semasa di atas bas tersebut.

kalian jangan buat muka hairan ya, biasalah kalau orang yang muka iras-iras aaron aziz macam I ni memang menjadi tumpuan gadis-gadis. modus operandi gadis cilik ini adalah dengan membaling kertas kepada saya. di dalam kertas tersebut mengandungi beberapa ayat yang tidak saya ingati. 

kalau tidak silap, isi kandungan surat terbabit ialah nama beliau, sekolah, umur dan ayat ingin berkenalan lebih lanjut dengan saya. cuba korang bayangkan lah perasaan saya masa itu kan. nak tergelak giler-giler punye, tapi control cool. lepas habis baca surat berkenaan, saya selitkan di celah tempat duduk.

harap maaf la cik gadis, anda bukan gadis pilihan saya. haha.tapi takpe la kan, pengalaman di dekati gadis macam tu, boleh cerita kat anak cucu nanti kalau dipanjangkan umur.entah di mana gadis berkenaan sekarang ini. harap sudah menemui pasangan hidup beliau.

pesanan penaja : mimpi pelik-pelik je akhir-akhir ini. entah mengapa.


You Might Also Like

31 kutukan membina...

  1. macam pernah dengar je citer ni. hahaha. mimpi ape wey. lalala

    ReplyDelete
  2. ade jgk gurl yg buat tindakan extravaganza mcm tu ye.hihi

    ReplyDelete
  3. sakurasue : haha.. gadis yang hebat je leh buat macam tu.
    :D

    ReplyDelete
  4. mcm kes aziz nk ngorat ppuan bisu dlm cite seniman bujang lapuk je...haha...cian gadis tue...

    ReplyDelete
  5. ececehh. suke la tuh kene ngorat. control cool ea. :P


    mimpi jadik jutawan? aishhh, klu jd btol2 jgn lupa bg duit raya.

    ReplyDelete
  6. zura : ni kes lain.. ni kes kembar aaron aziz.
    hahaha.

    ReplyDelete
  7. farhanah mokthar : haha.ni peristiwa lame dah..
    ;p

    ReplyDelete
  8. wow.. sweet nya.... insyallah. sy doakan kamu ketemu jodoh kamu. :)

    ReplyDelete
  9. kau mcm aaron aziz?haihh..bergegarlah reban ayam kt blkg umah!hahaha=P

    ReplyDelete
  10. siti mashitah saidin : time kasih..
    :D

    penulis : aaron aziz tu yang macam aku..nak wat macam mane, dah orang cakap macam tu. hahaha.

    ReplyDelete
  11. ko kenal tak aaron aziz sebenarnya? aaron aziz tak sama ngan aziz satar tau... ko jangan tertukar plak..... jangan sesekali ko heboh2kan lagi kata ko macam aaron aziz, kang orang gelak....

    ReplyDelete
  12. hahahaha

    nak gelak kuat kuat boleh.. haha gelak lagi gelak lagi.. hehehe,, :P


    dengan sejujurnya saye rase budk yang nak mengorat kamu itu tidak waras.. ekekeke..:P

    ReplyDelete
  13. Salam..
    moga mimpi mu menjadi
    kenyataan..tak salah
    berangan, bukan kena
    bayaran kan?
    he he..

    ReplyDelete
  14. kalo awak macam muke aoron aziz, sy pun nak. haha

    ReplyDelete
  15. cikpia : hahaha.hang memang nak jeles dengan den kan.. xleh terima kenyataan la tu aaron aziz hensem macam den.

    nur farah hani : ceh.. ni same jugak..jeles dengan kekacakan diri ini.
    ;p

    kinn : betol la..
    hahaha..

    zulkbo : betul2..free je pon berangan ni.

    yuyueyuliana : ekceli, aaron aziz tu yang macam sy. haha.

    ReplyDelete
  16. mimpi la tu! hahaha

    org nak nurat, jual mahal pulak. cecece :D

    ReplyDelete
  17. ema razali : haha.biase la..muke ala-ala selebriti ni kene la jual mahal cket.
    :D

    ReplyDelete
  18. HEHEHEHE...HUHUHHU..HOHOHOHO...ASAL AKU NI..GELAK PLAK...LALALALAALAA...KURANG SUKA KALAU PEREMPUAN YANG MEMULAKAN PERKENALAN CARA MACAM TU.NAMPAK SANGAT GATALNYA.DAAA...SORRY GIRL2 SEKALIAN..HEHE

    ReplyDelete
  19. amry : haha.siap caps lock tu..

    ReplyDelete
  20. hahahaa...mengancamm ni abg iras2 aaron aziz ni..nnt sy ngorat gune email plak..kahkahkah

    ReplyDelete
  21. haha..perigi cari timba..zaman dh berubah..cool je...haha!

    ReplyDelete
  22. bh : hahah..boleh2.. sila kan..

    nur zalwani : erm2..cooll .
    :D

    ReplyDelete
  23. hoho
    hebat hebat
    dlm bas pon leh nak berkenalan

    mimpi apekah?

    ReplyDelete
  24. tricksrex : hahaha..mimpi jadik jutawan..
    :D

    nur syuhada asyiqin : sangat macam2.
    :D

    ReplyDelete
  25. Erk!... Nasib baik ko tak layan. Mungkin itu perancangan siri "Bang bang boom" atau "Torkono".

    Selamat ko...

    ReplyDelete