SAYANGILAH IBU ANDA

8:03:00 PM

assalamualaikum.
selamat sejahtera.


sudah lama tidak menghentam papan kekunci untuk mengemaskini blog.
terasa janggal pula, ku teruskan jua.

sayangilah ibu anda.
tunjukkan rasa kasih dan sayang kalian kepada mereka.
kerana, kita tidak mengetahui sampai bila kita akan bersama mereka.
mungkin hari ini kita bergelak-ketawa bersama mereka,
entah besok mereka pergi meninggalkan kita buat selamanya.
ketahuilah kalian, tidak semua yang bertuah seperti kalian.
sedarlah kalian, ada golongan yang tidak pernah mengenali wajah ibu mereka.
tidakkah bertuah nya kalian apabila boleh membesar
bersama seorang insan bergelar ibu.
janganlah sekali-kali kalian meninggikan suara terhadap mereka.
janganlah pula kalian mengeluh apabila disuruh mereka meminta pertolongan.
janganlah kalian lupa jasa mereka.
kasihlah kepada mereka dengan sepenuhnya.
bertuahnya kalian apabila masih boleh memanggil mereka "IBU"
sayangilah ibu anda.


pesanan penaja : sudah hampir 19 tahun, hanya al-fatihah dan doa mampu ku kirimkan.

You Might Also Like

10 kutukan membina...

  1. emm,doakan ibu anda k.

    i love my mom :)

    ReplyDelete
  2. alfatihah~smoga roh arwah dtempatkn di kalangan org beriman~aminn

    ReplyDelete
  3. uit...apooo nie...mu jgn sedih gitu amad weh..

    ReplyDelete
  4. tacing! seriously teringat my mom..sob sob..;(

    ReplyDelete
  5. Yap, sayangi Ibu anda...

    Singgah Dari :I Think OF

    ReplyDelete
  6. Assalam rif..:)

    doakan kesejahteraan pada ibu yang telah tiada..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..post terbaik,,insyaAllah..

    ReplyDelete