salam.
selamat sejahtera.
malam ini tak mau intro.
teros kepada cerita nye.
okeh..?
di sebuah desa,
ade seorang insan b'gelar Ramlan a.k.a Lan.
Lan b'usia awal 20-an, sedang belajar di sebuah IPT di negara ini.
dia sangat gigih belajar kerana ingin membantu keluarganya.
dia m'miliki sebuah k'hidupan yang selesa, biase, macam insan lain di dunia ini.
Lan seorang yang periang, mudah b'gaul dengan
sahabat-handai dan sangat menyayangi keluarganya.
tetapi di sebalik semua itu, tidak siapa yang tahu bahawa
hati Lan yang riang di luar, sangat rapuh di dalam.
tiada siapa yang mengetahui kesedihan yang dirasai Lan.
Lan telah kehilangan ibunya ketika usianya baru mencecah 2 tahun.
segala memori b'sama ibunya hanya dapat disaksikan dalam
b'berapa kepingan foto yang usang.
sejak itu, Lan dijaga oleh ayahnya dan dibantu oleh saudara-mara nya.
Di kampus, hati Lan sering terusik perasaan sedih tatkala teman-teman
m'hubungi ibu mereka di kampung. Begitu juga di kampung, hati nya sering
diselubungi awan mendung apabila mendengar ungkapan "emak", "ibu",
"ummi", "mama" dan lain-lain lagi.
hanya Tuhan saja yang mengerti perasaan Lan ketika itu.
Dia berasa semakin sedih apabila melihat t'dapat
anak-anak yang tidak menghormati ibu mereka,
mereka tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberikan itu.
Oleh kerana keadaan yang tersangat selesa dan
mewah menyebabkan ramai orang lupa betapa gembiranya memanggil gelaran "ibu" itu.
Ternyata, Lan sangat merindui arwah ibunya,
hanya doa dapat dikirimkan kepada arwah ibunya.
Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu tersangatlah sukar bagi Lan,
namun Lan tetap b'syukur kerana memiliki seorang bapa
yang sangat mengambil berat terhadapnya.
pesanan penaja : sayangi keluarga anda dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberi.t'jumpe citer Lan ni kat mane ntah tadi..hohoho..