renungan bersama

9:59:00 AM

telefon
Seorang ayah mempunyai anak gadis yang kerjanya menggunakan telefon.
Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti..
Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya..
ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai...
Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..

"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..


pelajar cemerlang
"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.

"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.

"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."

perlawanan bolasepak
Suatu hari, perlawanan bolasepak diadakan antara pasukan Pencuri melawan pasukan Usahawan.
Ketika rehat separuh masa pertama.. kedudukan 0 untuk pasukan pencuri dan 3 untuk pasukan Usahawan..
sehingga menyebabkan jurulatih pasukan Pencuri naik berang.

Jurulatih : "Bodoh.. kamu ni lawan pasukan tu pun boleh kalah? Apa kamu semua cuma pandai mencuri aje?"

Kapten : "Kalau begitu, saya cadangkan kita main kasar saja. Aku jamin pengadil tidak akan
mengeluarkan kad apapun."

Jurulatih : "Kenapa kamu begitu yakin?"

Kapten : "Iya, sebabnya aku baru saja mencuri dompet berisi kad merah dan kuning dari poket pengadil tadi.."


panik
Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.
Tiba-tiba seorang menjerit..
"Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu.
Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri..
setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..
Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..


pelawaan yang ikhlas
Yahya : "Kami akan bermain bola sepak. Mahukah kamu Join kami?"

Iwan : "Boleh jugak.. tapi saya x pandai bermain bola sepak..."

Yahya : "Tiada masalah... Kami hanya perlukan seorang penonton...."

rawatan kecemasan
Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai.
Tiba² seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar..
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"

Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya..
Jelas lelaki itu belum begitu mahir...
Lalu.. dengan tenang wanita itu berkata.

"Kalau akhirnya Saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."

bukan salah ibu mengandung
Seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya yg baru berusia sepuluh tahun
bermain di ruang tengah. Si ibu mendengar anaknya berkata begini...

"Para penumpang.. Encik2 dan Puan2 keparat sekalian.. dipersilakan naik ke pesawat dan duduk
dikerusi masing2.."

Si ibu terkejut, bergegas mendatangi anaknya dan berkata :

"Nak ooo Nak.. kan ibu dah kata.. jangan gunakan kata-kata kotor seperti itu.
Sekarang.. engkau kena hukum... berdiri diam di dapur selama 2 jam!"

Dua jam kemudian hukuman pun berakhir.

Si anak terus saja meneruskan permainannya. Si Ibu di dapur kembali mendengar anaknya
berkata-kata dalam permainannya itu...

"Para Penumpang.. Encik2 dan Puan2 yg dihormati. Sebentar lagi pesawat kami akan
terbang. Silakan Naik dan duduk ditempat masing2... Selamat menikmati penerbangan kepada
Encik2 dan Puan2 yang terhormat"

Ibu yg di dapur tersenyum puas.. tetapi kemudian didengarnya lagi anaknya meneruskan ucapannya,
"Bagi yg ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM... Sila protes
kepada wanita jahanam yg kini berada di dapur!"

penyamaran
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan
dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya...
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya..
kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang...
Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"






You Might Also Like

0 kutukan membina...